◉ HEADLINES

[TONTON] Trick Lama: Pemilihan Umno selepas PRU-16, kata Asyraf Wajdi

Walaupun terdapat desakan dari luar yang mahukan perubahan kepimpinan dan kemunculan wajah baharu, parti menegaskan bahawa kestabilan dan penyatuan harus diutamakan, kata Asyraf

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemilihan Umno hanya akan diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) bagi memastikan tumpuan penuh diberikan kepada persediaan menghadapi pilihan raya dan mengekalkan kesatuan dalam parti.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat mempelajari pengalaman lampau di mana pemilihan parti sering mencetuskan perpecahan dalaman.

Beliau berkata, perpecahan boleh melemahkan kekuatan Umno, bukan sahaja di peringkat tertinggi, tetapi hingga ke akar umbi.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (tengah) ketika menjadi tetamu dalam, podcast Trick Lama oleh PoDaBoom, baru-baru ini yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Big Boom Media, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa (dua kanan); Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Ahirudin Attan (lebih dikenali sebagai Rocky Bru) (kanan) dan Ketua Pengarang Kumpulan, Terence Fernandez (kiri). – Gambar Scoop, 1 Jun, 2025

“Kita belajar daripada pengalaman sebelum ini, setiap kali ada pemilihan parti, pasti berlaku pertembungan antara kepimpinan.

“Daripada situlah lahirnya parti-parti serpihan seperti Semangat 46, Bersatu dan PKR,” katanya ketika menjadi tetamu episod terbaharu Trick Lama oleh PoDaBoom, podcast terbitan Big Boom Media yang turut menerbitkan Scoop, baru-baru ini.

Ia diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Big Boom Media, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa; Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Ahirudin Attan (lebih dikenali sebagai Rocky Bru) dan Ketua Pengarang Kumpulan, Terence Fernandez.

Beliau menegaskan, Umno juga tidak mahu mengulangi kesilapan seperti parti-parti lain yang dilihat bergolak akibat perebutan kuasa selepas pemilihan parti.

“Kalau kita terus berpecah kerana pemilihan, bagaimana kita nak menang PRU? Tumpuan kita sekarang adalah untuk memperkukuhkan jentera dan strategi demi kemenangan di kerusi-kerusi penting nanti,” katanya.

Beliau berkata, persepsi rakyat terhadap parti juga perlu ditangani dengan berhati-hati.

“Walaupun terdapat desakan dari luar yang mahukan perubahan kepimpinan dan kemunculan wajah baharu, parti menegaskan bahawa kestabilan dan penyatuan harus diutamakan.

“Kita tidak akan sesekali kompromi terhadap prinsip perjuangan kita – Islam, Melayu, Bumiputera, Institusi Raja-Raja dan bahasa Melayu. Itu asas yang tidak akan kita tinggalkan,” katanya.

Perhimpunan Agung Umno pada 2022 meluluskan usul untuk dua jawatan tertinggi Umno melibatkan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan pada Pemilihan Umno bagi penggal 2023 hingga 2026.

Ini sekali gus menyaksikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan masing-masing kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden bagi tempoh tersebut.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan terbuka jika dua jawatan tertinggi dalam parti itu dipertandingkan pada Pemilihan Umno 2026. – 1 Jun, 2025

Topics

 

◉ Popular

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

◉ Related