Lima sebab kenapa rakyat Malaysia perlu tonton filem Malbatt: Misi Bakara

Filem arahan Adrian Teh ini memaparkan kisah benar ditempuhi pasukan tentera Malaysia dalam misi menyelamatkan tentera Amerika Syarikat di Mogadishu

2:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Filem paling ditunggu-tunggu tahun ini, Malbatt: Misi Bakara sudah menjengah pawagam seluruh negara bermula 24 Ogos lalu.

Diarahkan Adrian Teh, filem itu menelan belanja sebanyak RM20 juta dan membabitkan ramai pelakon hebat tanah air.

Berkongsi mengenai penerbitan filem itu, Adrian berkata, beliau tertarik untuk menghasilkan karya berkenaan selepas mendengar kisah seorang bekas tentera Malaysia yang terbabit dalam misi menyelamatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di Mogadishu pada tahun 1993.

Justeru, menerusi perkongsiannya itu, berikut adalah lima sebab kenapa anda patut menonton Malbatt: Misi Bakara:

Berdasarkan kisah benar

Ramai tidak tahu bahawa pasukan tentera Malaysia adalah hero yang menyelamatkan tentera AS ketika ditawan pengganas Somalia dalam peristiwa pada 1993 – Gambar ihsan penerbit, 28 Ogos, 2023

Mungkin ramai pernah mendengar dan menonton filem Black Hawk Down. Namun, ramai tidak tahu bahawa pasukan tentera Malaysia adalah hero yang menyelamatkan tentera AS ketika ditawan pengganas Somalia dalam peristiwa pada 1993. Perkara ini turut didedahkan pihak tentera AS secara rasmi kepada dunia pada 2013.

Filem Malaysia pertama ditayangkan di pawagam IMAX

Kualiti filem yang lebih bagus memberikan pengalaman sinematik yang tiada tandingan kepada penonton – Gambar ihsan penerbit, 28 Ogos, 2023

Malbatt: Misi Bakara menjadi filem tempatan pertama ditayangkan di pawagam IMAX. Ini bermakna kualiti filem ini lebih bagus kerana dipaparkan di skrin yang tiga kali ganda besar daripada skrin pawagam biasa, sekali gus memberikan pengalaman sinematik yang tiada tandingan kepada penonton.

Penggambaran di luar negara

Filem ini menjalani penggambaran di Turkiye untuk babak membabitkan pertempuran di Mogadishu – Gambar ihsan penerbit, 28 Ogos, 2023

Filem ini menjalani penggambaran di Turkiye untuk babak membabitkan pertempuran di Mogadishu dan ia banyak menggunakan aset ketenteraan sebenar. Turut terbabit dalam filem ini adalah pelakon dari AS, termasuk pelakon Hollywood kelahiran Somalia, Musa Aden.

Membariskan ramai pelakon berbakat dan terkenal

Filem ini dibintangi ramai pelakon terkenal tanah air – Gambar ihsan penerbit, 28 Ogos, 2023

Filem ini dibintangi ramai pelakon terkenal tanah air, antaranya Shaheizy Sam, Bront Palarae, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Fauzi Nawawi, Adlin Aman Ramli, Tony Eusoff, Gambit Saifullah, Iedil Putra dan Dafi Ismail Sabri.

Persembahan menakjubkan

Ini adalah antara filem terbaik pernah dihasilkan produksi tempatan – Gambar ihsan penerbit, 28 Ogos, 2023

Tidak berlebihan dikatakan ini adalah antara filem terbaik pernah dihasilkan produksi tempatan daripada aspek jalan cerita, garapan, persembahan lakonan, lokasi, kostum dan sinematografi, sekali gus akan membuatkan anda bangga menjadi rakyat Malaysia. – 28 Ogos, 2023

Topics

Popular

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

LA County Coroner’s Office defers Friends star Matthew Perry’s cause of death

Authorities said they are awaiting toxicology results and further investigation with law enforcement, which could take weeks to complete, reported TMZ.

Related