Isteri didakwa keguguran kerana kifarah, Da’i Syed saman 2 wanita

Dia menegaskan tidak boleh berdiam diri kerana fitnah mengaitkan kandungan isterinya itu amat melampaui batas

5:05 PM MYT

 

PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, Da’i Syed akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya di media sosial.

Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohamad Shaiful berkata, dia tidak boleh berdiam diri apabila dakwaan tersebut dikaitkan dengan keguguran kandungan isterinya, Nurul Hana.

“Apabila kenyataan awal itu diterbitkan semula dan dikaitkan dengan keguguran kandungan isteri saya, saya tidak boleh berdiam diri lagi kerana ia amat melampaui batas.

“Hal ini suatu fitnah terhadap saya. Dia juga seolah-olah cuba mengambil kesempatan di atas kesedihan dialami saya dan isteri.

“Sehubungan dengan itu, saya telah mengarahkan peguam saya memulakan tindakan undang-undang terhadap Nurul Atiqah dengan segera,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Hana menyifatkan perbuatan wanita terbabit sebagai penganiayaan buat dirinya yang masih dalam fasa bersedih akibat kehilangan anak sulung mereka.

“Saya rasa perkara ini adalah sesuatu yang tidak wajar. Saya anggap perkara ini adalah ujian untuk saya, suami dan wanita berkenaan,” ujarnya.

Terdahulu, wanita tersebut memuat naik keratan laporan berita mengenai kes rogol membabitkan seorang pendakwah bebas popular.

Wanita itu yang mendakwa sebagai mangsa perkosa Syed, kemudian mengaitkan keguguran kandungan isteri pendakwah tersebut adalah kifarah atas perbuatan terkutuknya.

Pendakwah selebriti, Da’i Syed akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya di media sosial. – Gambar media sosial, 28 Ogos, 2023

Syed pada 10 Disember 2020 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama, dengan maksud mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Oktober 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pada masa sama, Syed juga akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Ainun Najwa disebabkan fitnah diterbitkannya pada 23 November 2021.

“Sebelum ini, pada 26 November 2021, Ainun Najwa membuat satu laporan polis menyatakan bahawa dia mengakui bertanggungjawab sebagai individu yang memuat naik hantaran tersebut dan memohon maaf kerana memfitnah saya.

“Tetapi laporan polis dibuat sebelum ini, tidak dapat menidakkan tindakannya yang telah memfitnah saya malahan di dalam laporan sama, dia sendiri mengakui bertanggungjawab terhadap fitnah tersebut,” katanya.

Berkongsi perasaannya, Syed juga mengakui trauma dan mengalami depresi akibat kes dituduh merogol sebelum ini.

“Masyarakat menggelar saya sebagai perogol. Walhal nama saya telah dibersihkan mahkamah berserta 18 saksi. Dua tahun setengah saya lalui kes ini.

“Macam-macam yang saya lalui. Trauma, depresi, kesedihan. Malah saya turut berubat cara kampung dan dengan ustaz. Saya juga pergi kaunseling untuk memulihkan kembali keadaan. Itu belum kira banyak tawaran kerja saya dibatalkan gara-gara terpalit dengan kes ini,” kongsinya.

Katanya, dia berharap agar masyarakat tidak terus menfitnah dirinya kerana dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. – 28 Ogos, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

[WATCH] Just what the doctor ordered: prescriptions for a better Malaysia

In the face of attempts to sow discord among the various races in the country, cardiothoracic surgeon Datuk Dr Venugopal Balchand stands ready to staunchly defend national unity and harmony in a heartbeat.

Related