Impian Tony Eusoff bintangi filem ‘box office’ tercapai jua selepas 19 tahun

Memasuki hari ke-11 tayangannya, filem arahan Adrian Teh itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM26 juta

1:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas 19 tahun bergelar pelakon, impian Tony Eusoff  untuk membintangi filem box office akhirnya tercapai melalui  filem Malbatt Misi Bakara.

Memasuki hari ke-11 tayangannya, filem arahan Adrian Teh itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM26 juta. 

Menurut Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph Hermas Rajiman, 46, dia berasa terharu apabila ditawarkan untuk membintangi filem diinspirasikan dari kisah benar yang berlaku di Mogadishu, Somalia.

“Ini merupakan filem box office saya yang pertama.  Saya amat bersyukur. Saya tak pernah lagi merasai pengalaman membintangi filem box office.

“Saya berterima kasih kepada Adrian Teh kerana mempercayai bakat saya. Saya belum pernah terlibat dengan filem aksi ketenteraan sebelum ini. Jadi ia peluang untuk saya mencuba karakter baharu,” katanya.

Tony berkata demikian ketika ditemui di pertunjukan fesyen Dada Luxury: Lady Of Leisure di mana dia merupakan salah seorang model untuk acara itu. 

Tony Eusoff tidak akan melupakan peluang berlakon di Iskandar Malaysia Studios (IMS) sekali dalam seumur hidupnya. – Gambar media sosial, 5 September, 2023

Dalam pada itu, katanya, filem tersebut turut memberinya peluang untuk berlakon di Iskandar Malaysia Studios (IMS) dekat Johor buat julung kalinya.

“Bukan senang untuk berlakon di studio itu kerana tidak semua produksi berkemampuan. Saya jarang terlibat dengan produksi yang mempunyai bajet sebesar ini.

“Mungkin selepas ini, saya tak akan dapat lagi peluang sebegini. Sekali dalam seumur hidup,” katanya.

Pelakon kelahiran Sarawak itu turut memeriahkan acara pertunjukan fesyen Dada Luxury: Lady Of Leisure. – Gambar Instagram, 5 September, 2023

Dalam pertunjukan fesyen yang turut dihadiri mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Lady Of Leisure mempersembahkan koleksi debutnya yang diberi nama Cinta. 

Pengasas jenama itu, Dada Herzog Al-Attas berkata, dia ingin menampilkan koleksi yang dapat mengabadikan intipati cinta dalam pelbagai bentuk. 

“Koleksi ini diinspirasikan oleh makna perkataan ‘cinta’ itu sendiri bagi mencerminkan falsafah jenama ini dalam mereka pakaian yang membangkitkan perasaan dan mengilhamkan wanita agar menzahirkan keunikan mereka.

“Koleksi ini menampilkan pelbagai fabrik mewah. Kesemuanya buatan tangan di Malaysia,” katanya.

Lady Of Leisure mempersembahkan koleksi debutnya yang diberi nama Cinta. – Gambar Instagram, 5 September, 2023.

Selain ilham yang diperoleh menerusi pengalaman peribadi, nenek Dada juga antara figura yang memberikan impak besar dalam rekaannya.

Menurutnya, wanita itu amat mementingkan pemakaian yang sopan dan penuh dengan sifat penyayang.

Justeru, dia menterjemahkan segala karakter yang ada pada nenek kesayangannya itu menerusi koleksi tersebut.

Koleksi ini menampilkan pelbagai fabrik mewah dan kesemuanya buatan tangan di Malaysia. – Gambar Instagram, 5 September, 2023

Koleksi tersebut dibahagikan kepada tiga segmen iaitu passion, intimacy dan devotion.

Passion menampilkan helaian yang lebih berani dan seksi. 

Sementara itu, Intimacy pula mengetengahkan helaian yang lebih bersifat sensual dan intim, manakala devotion pula menekankan rekaan tak lapuk dek zaman yang anggun. – 5 September, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Controversy continues: Akmal detained upon arrival at Kota Kinabalu airport

Announcing his detention on Facebook today, Umno Youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh said he will not budge from his stand over the “Allah”-printed sock issue.

Related