Nabila Huda bawa Payung Teduh X Sore kembali ke Malaysia, ubati kekecewaan peminat

Menariknya Payung Teduh yang bergabung dengan Pusakata sebagai Parade Hujan akan berkongsi pentas dengan sebuah lagi kumpulan popular Indonesia, Sore

2:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ramai peminat kecewa apabila tiket konsert kumpulan popular Indonesia, Payung Teduh bersama Efek Rumah Kaca di Zepp Kuala Lumpur licin dijual pada hari pertama jualan dibuka pada November tahun lalu.

Susulan sambutan luar jangka itu, penganjur, Neptunes Presents mengundang Payung Teduh kembali untuk mengadakan konsert buat kali kedua bagi memenuhi permintaan peminat.

Penganjurnya yang juga aktres popular, Nabila Huda berkata, menariknya Payung Teduh yang bergabung dengan Pusakata sebagai Parade Hujan akan berkongsi pentas dengan sebuah lagi kumpulan popular Indonesia, Sore.

“Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore (Setengah Lima Menuju Senja) bakal diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 30 September depan.

“Lokasi Mega Star Arena dipilih kerana ia mampu memuatkan kapasiti 5,000 penonton dengan sistem bunyi dan pencahayaan terbaik,” katanya.

Mengenai pemilihan dua kumpulan itu, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil berkata, dia sememangnya amat meminati Payung Teduh dan Sore sejak 2012.

“Mengikut kajian Spotify, Payung Teduh dan Sore mempunyai ramai peminat dan pendengar setia di Malaysia.

“Bukan saya sahaja, anak perempuan, Keisha Laila turut meminati dua kumpulan itu yang banyak mendendangkan lagu yang lebih santai. Lagu-lagu mereka sangat dekat dengan peminat di Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Payung Teduh akan kembali mengadakan konsert buat kali kedua bagi memenuhi permintaan peminat di Malaysia. – Gambar Instagram, 5 September, 2023

Payung Teduh dianggotai Comi Aziz Kariko selaku pemain bass, Alejandro Saksakame (dram) dan Ivan Penwyn (gitar), manakala Pusakata atau nama sebenarnya, Mohammad Istiqamah Djamad adalah bekas vokalis Payung Teduh.

Manakala, Sore pula dianggotai Ade Firza Paloh selaku vokalis dan gitar, Awan Garnida (bass/vokal) dan Bemby Gusti Pramudya (dram).

Sementara itu, Nabila berkata, konsert itu juga bakal menampilkan tiga artis popular tanah air iaitu Noh Salleh, Ernie Zakri dan Atilia Haron sebagai penyanyi jemputan untuk memeriahkan konsert berkenaan.

Katanya, Noh dan Atilia akan menjadi artis undangan pada segmen Sore, manakala Ernie akan berduet sebuah lagu khas bersama Payung Teduh.

“Payung Teduh dan Sore juga menjanjikan persembahan luar biasa dan ia juga kali pertama menyaksikan mereka berkongsi satu pentas.

“Mereka akan mengadakan persembahan selama 75 minit untuk setiap slot persembahan dengan rangkaian 18 lagu yang akan dipersembahkan pada malam itu,” katanya.

Pada masa sama, Nabila berharap peminat Payung Teduh dan Sore dapat memberi sokongan untuk menikmati alunan muzik dan konsert yang menghiburkan itu.

“Kami berharap peminat akan memberi sokongan pada Senandung Malam – Payung Teduh X Sore kerana ia hanya diadakan satu malam sahaja kerana jadual padat kedua-dua kumpulan itu.

“Sebanyak 40 peratus tiket sudah terjual pada hari pertama penjualan sejak 25 Ogos lalu,” katanya.

Tiket Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore (Setengah Lima Menuju Senja) boleh didapati melalui laman web www.myticketempire.com.

Pembelian tiket secara ansuran juga ditawarkan melalui Atome untuk konsert berkenaan. – 5 September, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Masked assailant kills two cops, injures one in attack on Ulu Tiram police station

Suspect shot dead at scene of early-morning assault, pistol and sub-machine gun seized

Related