Wanita dakwa anak Abby, Norman ‘sondol’ suaminya, kantoi ‘check-in’ hotel

Dakwa wanita itu lagi, Marissa menjadi punca keruntuhan rumah tangganya dan dua anaknya hilang kasih sayang seorang bapa

10:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tular di aplikasi X apabila seorang wanita mendakwa suaminya menjalin hubungan dengan anak kepada selebriti popular, Abby Abadi dan Norman Hakim yang dikenali sebagai Marissa Dania Hakim, 18.

Wanita yang menggunakan nama akaun Misya mendakwa Marissa menjadi punca keruntuhan rumah tangganya dan juga asbab hilangnya kasih sayang diperlukan seorang anak daripada bapanya.

“Tujuh tahun perkenalan, tiga tahun kahwin. Dikurniakan anak dua orang yang masih kecil. Seorang umur dua tahun, seorang lagi umur setahun. Datangnya orang ketiga hancur semuanya. Marissa Dania Hakim, moga Allah balas segala kejahatan yang telah kau buat.

“Yang dipuji-puji indah rupa paras cantik, sopan santun, keluarga yang harmoni. Tetapi sebaliknya, kaulah asbab keruntuhan rumah tangga dan juga asbab hilangnya kasih sayang yang anak perlukan dari ayahnya,” katanya.

Tular di aplikasi X apabila seorang wanita mendakwa suaminya menjalin hubungan dengan anak kepada selebriti popular, Abby Abadi dan Norman Hakim yang dikenali sebagai Marissa Dania Hakim – Tangkapan layar X Misya, 8 September, 2023

Dakwa wanita itu lagi, dia sudah memberikan tiga kali peluang kepada Marissa untuk menamatkan hubungan dengan suaminya.

Namun dakwanya lagi, Marissa tetap menjalin hubungan dengan suaminya dan dia turut mempunyai bukti mereka pernah mendaftar masuk di sebuah hotel di ibu negara.

Dakwa wanita itu lagi, dia sudah memberikan tiga kali peluang kepada Marissa untuk menamatkan hubungan dengan suaminya – Tangkapan layar X Misya, 8 September, 2023

“Betul naluri isteri sangat tepat. Bukan sekadar overthinking atau bersangka buruk. Allah tunjuk satu-satu bukti terbongkar ya. Bukan sekali peluang ya. Ini peluang ketiga. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

“Berjanji takkan ganggu lagi, tapi mungkir janji ya depan keluarga kami, depan ibu bapa dan keluarga kau. Tapi terkantoi lagi check-in,” dedahnya.

Wanita itu turut mendakwa dia mempunyai bukti suaminya dan Marissa pernah mendaftar masuk di sebuah hotel di ibu negara – Tangkapan layar X Misya, 8 September, 2023

Menurut wanita itu, dia bukan mahu membuka aib sesiapa tetapi perkara ini sudah melampaui batas dan maruahnya dipijak-pijak.

“Bukan nak buka aib, tak kisahlah apa orang nak cakap. Tapi ini dah melebihi batas. Maruah aku sebagai isteri dan perempuan dipijak-pijak.

“Dianggap remeh oleh lelaki yang tak bertanggungjawab dan perempuan yang tiada ehsan sesama perempuan,” katanya.

Tinjauan Scoop di Instagram Marissa mendapati dia sudah pun menutup ruangan komen. Namun netizen dilihat mula menyerang akaun lama Marissa yang tidak lagi aktif.

Mereka juga menyerang akaun Instagram Norman Hakim dan Abby Abadi.

Sementara itu, Abby menerusi hantaran di InstaStory dalam nada sinis turut meminta netizen agar terus memberikan komen mereka mengenai dakwaan tersebut.

Terkini dari Instagram Story Abby Abadi – Tangkapan layar, 8 September, 2023

“Tentang isu yang viral ini… tak pe sila komen-komen dulu. Cari pahala ya. Nanti saya jawab.

“Memang sedap bersangka-sangka, menambah-nambah cerita dan menuding jari pada orang ni,” katanya. – 8 September, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related