HEADLINES

Pelakon veteran Mek Habsah meninggal dunia akibat penyakit paru-paru

Berita mengenai kematian Allahyarham dikongsikan cucunya di Facebook pagi tadi

8:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Habshah Bakar atau lebih dikenali sebagai Mek Habsah, 67, menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Perubatan Respiratori Kuala Lumpur pada jam 2.45 pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit paru-paru.

Berita mengenai kematian Mek Habsah dikongsikan cucunya, Huraimi Hilman menerusi hantaran di Facebook miliknya.

“Innalillahwainnalillahirojiun. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Selamat berehat mami (panggilan kepada arwah),” tulisnya dalam status tersebut.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Bilal Bin Rabah, Taman Koperasi Polis Fasa 1 pada jam 10 pagi untuk ziarah terakhir.

Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih Fasa 2 pada jam 2.30 petang ini.

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. – 11 September, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related