HEADLINES

Bengang Amber Heard masih dikekalkan, peminat DC ancam mahu boikot filem Aquaman 2

Peminat telah bertindak untuk memboikot Aquaman and the Lost Kingdom melalui tanda pagar #boycottAquaman2

5:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bermacam kontroversi yang tercetus mengenai filem Aquaman 2. Bermula dengan kes perbicaraan mahkamah berprofail tinggi melibatkan salah seorang pelakon utamanya, Amber Heard dengan bekas suaminya, Johnny Depp yang menjadi sorotan dunia, timbul juga desakan bertubi-tubi daripada peminat supaya Warner Bros selaku penerbit menggugurkannya daripada filem DC tersebut.

Bahkan, peminat juga mengancam untuk memboikot Aquaman 2 atau Aquaman and The Lost Kingdom jika Amber Heard terus dikekalkan.

Desakan tersebut menyebabkan timbulnya khabar angin sebelum ini bahawa Amber Heard bakal digantikan pelakon wanita lain untuk memegang watak Ratu Atlantis bernama Mera yang menjadi isteri kepada Aquaman atau Arthur lakonan Jason Mamoa.

Namun, selepas munculnya trailer penuh Aquaman and the Lost Kingdom di media sosial semalam ia telah menimbulkan kemarahan peminat DC kerana Warner Bros masih lagi mengekalkan Amber Heard di dalam filem tersebut.

Susulan daripada itu, peminat melalui fandom DC di X (dahulu dikenali sebagai Twitter) telah bertindak untuk memboikot Aquaman and the Lost Kingdom melalui tanda pagar #boycottAquaman2.

Apa sebetulnya yang terjadi kerana Amber Heard sendiri sebelum ini telah memberitahu bahawa wataknya telah dikurangkan di dalam filem itu sebaik sahaja dia terlibat dengan kes perbicaraan mahkamah dengan Johnny Depp.

Bahkan, Amber Heard sendiri tidak menolak kemungkinan dia akan disingkirkan terus daripada filem tersebut.

Pun begitu, dalam satu wawancara, pihak Warner Bros telah menafikan tentang desas-desus penyingkiran Amber. Bahkan mengesahkan bahawa Amber masih lagi menjadi sebahagian daripada filem Aquaman 2 seperti yang mula dirancang.

Dalam temu bual dengan Entertainment Weekly baru-baru ini pula, pengarah kelahiran Sarawak Malaysia, James Wan pula menafikan spekulasi bahawa watak Amber telah dikurangkan berikutan kes mahkamahnya.

Sebaliknya, James memberitahu, sekuel itu akan memberi tumpuan kepada hubungan Arthur dengan abang tirinya Orm, lakonan Patrick Wilson.

“Saya sentiasa memberitahu perkara ini kepada semua orang sejak awal lagi. Aquaman pertama adalah perjalanan Arthur dan Mera.

“Filem kedua adalah Arthur dengan Orm. Jadi, yang pertama adalah filem mengenai aksi-pengembaraan percintaan, yang kedua ini pula filem aksi-pengembaraan bromance,” katanya.

Apakah benar peminat DC akan memboikot Aquaman 2 kerana sudah lima tahun peminat menungg sekuel kedua fiem ini. Atau pun ia hanyalah ancaman daripada peminat Johnny Depp sahaja? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti. – 16 September, 2023

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related