◉ HEADLINES

Ariana Grande fail cerai saat jalin hubungan dengan pasangan lakonnya, Ethan Slater

Ethan Slater pula sudah memfailkan perceraian ke atas isteri, Lilly Jay pada Julai lalu

5:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Nampaknya, penyanyi Ariana Grande mengikut jejak langkah teman lelakinya, Ethan Slater kerana dia juga secara rasmi memfailkan perceraian daripada suaminya, Dalton Gomez yang dikahwininya selama dua tahun.

Peguam Ariana, Laura Wasser yang memfailkan perceraian Ariana pada Isnin dalam kenyataannya memberitahu bahawa perbezaan pendapat adalah punca pasangan tersebut bercerai.

Dalton kemudian mengikut memfailkan pula perceraian bagi pihaknya.

Ethan Slater kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan Ariana Grande. – Gambar Instagram, 19 September, 2023

Namun pasangan itu mempunyai perjanjian pranikah dan tarikh perpisahan mereka ditetapkan pada 20 Februari 2023.

Berita mengenai pemfailan penceraian pasangan itu muncul di saat hangatnya percintaan Ariana dengan pasangan lakonannya, Ethan Slater.

Kedua-duanya bertemu pada penghujung 2022 semasa menjayakan filem adaptasi drama Broadway yang akan datang.

Ethan kemudian memfailkan cerai ke atas isterinya, Lilly Jay yang dikahwininya pada November 2018 pada Julai tahun ini.

Kedua-duanya merupakan pasangan kekasih sejak zaman persekolahan dan menyambut kehadiran cahaya mata pertama tahun lalu.

Baik Ariana mahu pun Dalton, kedua-dua mereka masih belum mengulas secara terbuka mengenai perceraian mereka. – 19 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related