HEADLINES

‘Saya tidak rasa usia saya 50’, alasan model terkemuka Tyra Banks tolak lakukan pembedahan plastik

Bintang America’s Next Top Model ini juga mengakui lebih gemar meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-50 secara sederhana

4:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tidak seperti segelintir selebriti Hollywood yang lain, model terkemuka, Tyra Banks mempunyai sebab mengapa dia tidak berhasrat untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.

Bahkan, Tyra yang bakal menginjak usia 50 tahun pada 4 Disember ini juga tidak berasakan dia akan melakukan pembedahan tersebut pada masa akan datang.

“Saya tidak pernah membuat pembedahan plastik di muka. Bukannya saya tidak menyokongnya. Tetapi saya memang tidak pernah berasa insecure jika tidak melakukannya.

“Setiap kali saya melihat wajah saya di dalam cermin, saya tidak berasa saya berusia 50 tahun dan saya juga rasa 50 tahun adalah usia 30-an yang baharu.

“Apabila orang bertanya mengenai pembedahan plastik kepada saya. Saya memberikan alasan kepada mereka bahawa saya 50,” katanya.

Tyra Banks ketika masih aktif menjadi model pentas peragaan – Gambar Instagram, 20 September, 2023

Ibu kepada seorang anak yang terkenal dengan program realiti pentas peragaan terbitannya itu juga mengakui dia tetap berasa dirinya ‘perkasa’ apabila memperagakan sesebuah pakaian, sekali pun tidak memiliki bentuk tubuh yang benar-benar langsing seperti dahulu.

“Saya tidak punya lagi bentuk tubuh seperti mana waktu zaman runway jadi apabila ada baju yang dihasilkan khusus untuk menepati bentuk tubuh saya sekarang ini, saya benar-benar rasa perkasa.

“Adakalanya apabila saya perlu menjayakan sesebuah sesi fotografi, saya tahu bahawa ada di antara pakaian yang disediakan itu tidak dapat dipakai dengan elok dan saya terpaksa melakukan pelbagai helah untuk memastikan ia tetap kelihatan sempurna,” katanya.

Bintang America’s Next Top Model ini juga mengakui lebih gemar meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-50 secara sederhana.

“Kekasih saya, Loius Belanger-Martin mahu meraikan secara besar-besaran. Saya beritahu dia saya tidak mempunyai keinginan tersebut. Saya hanya mahu pergi ke Disneyland bersama keluarga,” katanya. – 20 September, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related