HEADLINES

Ning Baizura tepis khabar angin ada pengurus, ‘saya urus diri sendiri, hubungi melalui DM jika…’

Menurut Ning, dia berharap dengan penjelasannya tersebut, semua pihak akan jelas dengan khabar angin itu

11:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor, Ning Baizura memuat naik hantaran video di akaun Instagram beberapa jam lalu untuk menjelaskan khabar angin bahawa dia mempunyai pengurus yang membantu mengendalikan kerjaya seninya.

Tampil ringkas dengan potongan rambut pendek penuh bergaya, penyanyi lagu Awan Yang Terpilu ini menjelaskan dia sama sekali tidak mempunyai pengurus.

“Sebenarnya Ning Baizura tidak mempunyai pengurus. Ning Baizura menguruskan dirinya sendiri. Adakah ia sukar untuk difahami?

“Sebenarnya, ramai bertanya kepada saya, siapa yang perlu dihubungi. Saya tidak pernah ada pengurus. Saya tidak pernah ada pembantu peribadi (PA).

“Saya tidak mempunyai sesiapa kecuali kakitangan yang saya ambil bekerja. Saya tidak mempunyai wakil kecuali diri saya sendiri. Sayalah PA dan sayalah pengurus,” katanya.

Menurut Ning, dia berharap dengan penjelasannya tersebut, semua pihak akan jelas dengan khabar angin itu.

“Saya hanya mahu jelaskan perkara sebenar tentang khabar angin tersebut. Ning Baizura menguruskan dirinya sendiri,” katanya.

Dia juga meminta mana-mana pihak yang mahu mendapatkan khidmatnya agar menghubunginya secara terus melalui DM (direct message) di media sosialnya.

“DM saya secara terus dengan cara apa sekali pun. TikTok ada. IG ada,” katanya. – 21 September, 2023

Topics

 

Popular

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related