HEADLINES

Aktor Bollywood, Ishaan Khattar bercinta dengan peragawati kelahiran Malaysia

Ishaan yang juga adik kepada Shahid Kapoor, dilihat berpimpin tangan dengan model jelita dikenali sebagai Chandni Bainz

2:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bintang muda Bollywood, Ishaan Khattar dikatakan sedang hangat bercinta dengan model jelita kelahiran Malaysia dikenali sebagai Chandni Bainz.

Mereka berdua kerap kali dilihat keluar bersama dan baru-baru ini dilihat berpimpinan tangan sekali gus mengesahkan status hubungan mereka.

Ishaan yang juga adik kepada aktor terkenal, Shahid Kapoor sebelum ini pernah menjalin hubungan istimewa bersama aktres, Ananya Panday.

Bagaimanapun, hubungan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.

Ananya kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan aktor, Aditya Roy Kapoor yang 13 tahun lebih tua daripadanya.

Nama Chandni, 21, pula mula menjadi bualan di Bollywood selepas gosip cintanya bersama Ishaan bertebaran.

Malah mereka juga dikatakan telah bercuti bersama.

Chandni sebelum ini merupakan seorang peragawati di Kuala Lumpur sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah ke Mumbai bagi mengembangkan kariernya di sana. – 23 September 2023

Topics

 

Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related