HEADLINES

‘Apa yang seronok dapat fitnah orang ek. Pelik betul dunia akhir zaman’: Ekin tidak teragak saman portal nyamuk yang buat clickbait berita fitnah

Hantaran yang dimuat naik Ekin itu mendapat maklum balas daripada pengikut serta peminatnya yang meminta dia menyaman portal berkenaan

8:30 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Bukan seorang dua selebriti tempatan yang menjadi mangsa blogger-blogger atau portal ‘nyamuk’ yang suka menyebarkan clickbait berita yang mampu mengundang fitnah. Tapi, sebenarnya banyak lagi.

Terbaharu yang menjadi mangsa adalah pasangan suami isteri, Mawi dan Ekin yang selama ini sentiasa berdua jika ke mana-mana.

Melalui Instagramnya, Ekin telah memuat naik potongan clickbait berita fitnah mengenai keadaan rumah tangganya dengan Mawi.

Clickbait berita itu menyebut: “Saya dah tak sanggup lagi!” Selepas 15 tahun berkahwin, Ekin dedah status rumah tangganya.

Bengang dengan clickbait tersebut, Ekin menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang cukup melampau.

“Apa yang seronok dapat fitnah orang ek. Pelik betul dunia akhir zaman. Selidik la dulu sebelum nak kejar glamour. Karang tak pasal-pasal kena saman,” tulisnya.

Hantaran yang dimuat naik Ekin itu mendapat maklum balas daripada pengikut serta peminatnya yang meminta dia menyaman portal berkenaan.

Kata @sennahjemahh: “Selalu page-page nih suka buat gempak, lepas tu bila kita click, terus ke Shopee, promote barang-barang, saman jer diorang nih, kasi kaw-kaw, biar serik!! Takde etika langsung.

@ryzalibhrm pula memberi komen: “Saman kak. Masa ni la nak buat duit”.

Reaksi @hasmar_mh: “Saman jangan bagi peluang yang suka fitnah Bagai, ni puak-puak dajjal

Scoop berharap Ekin dan Mawi akan tabah menghadapi dugaan berdepan dengan berita-berita seperti ini. Semoga perkahwinan mereka akan terus kekal hingga ke Jannah. – 29 September, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related