HEADLINES

Beto Kusyairy tidak kisah kena tayang badan selagi tak…

Menurutnya, dia enggan melakonkan babak tidak berbaju seandainya ia mampu membuatkan penonton ghairah

3:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon berbakat besar, Beto Kusyairy tidak kisah sekiranya diminta melakonkan adegan ‘buka baju’ dalam mana-mana naskhah jika bersesuaian dengan kehendak skrip.

Menurut Beto atau nama sebenarnya NurKusyairy Zakuan Osman, 43, dia boleh melakonkan babak tersebut tetapi tidak dipaparkan secara keterlaluan sehingga mampu membangkitkan keghairahan penonton.

“Tengok kepada keperluan babak itu. Kenapa dia perlu buka baju? Kalau ada jawapan yang kukuh, saya tak kisah. 

“Sebagai seorang aktor, selagi tak bercanggah dengan sensitiviti, saya okay. Tetapi kalau saja-saja nak ‘menjual’ atau umpan penonton saya tak nak. 

“Mungkin boleh ambil pelakon lain yang lebih sesuai. Saya ni dahlah berwajah Jawa,” katanya sambil ketawa. 

Beto Kusyairy membawa watak sebagai Kapten Gemilang dalam drama bersiri Super Wira. – Abdul Razak Latif/Scoop, 4 Oktober, 2023

Terbaharu, Beto bakal muncul sebagai seorang adiwira dalam drama bersiri Super Wira yang akan ditayangkan di saluran Astro Ceria tidak lama lagi.

Membawakan watak sebagai Kapten Gemilang, Beto memberitahu ada beberapa sebab membuatkannya menerima tawaran untuk membawa watak tersebut.

“Saya tak pernah lakonkan watak sebegini. Dan saya memang teringin sangat nak berlakon di bawah arahan pengarah Ghaz Abu Bakar. Kita tahu hasil kerja Ghaz macam mana. 

“Banyak elemen menarik dalam drama ini seperti kekeluargaan, heroism, perasaan bersalah, egoistik sebagai seorang bapa dan juga seorang adiwira,” katanya.

Selain Beto, drama Super Wira turut dibintangi Nadhir Nasar, Zizan Razak, Mira Filzah, Ezzaty Abdullah, Idan Aedan dan Arena Wan. – 4 Oktober 2023

Topics

 

Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related