HEADLINES

Tukar gambar profil tanpa hijab, Nelydia Senrose sudah tanggal tudung?

Gambar profil terbaru di akaun Instagram Nelydia Senrose memaparkan dirinya tidak lagi bertudung

7:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Nelydia Senrose dilihat menukar gambar profil di akaun Instagram miliknya kepada foto yang memaparkan dirinya tidak bertudung.

Malah, terdahulu Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 29, memuatnaik video di ‘Instagram Story’ bermain badminton bersama saudara dan rakannya dengan memperlihatkan dia tidak lagi memakai tudung.

Video kontroversi yang didakwa sudah dipadam daripada hantaran tersebut. – Gambar Instagram, 4 Oktober, 2023

Bagaimanapun, video berkenaan sudah dipadam daripada hantaran itu.

Justeru, ia mencetuskan persoalan adakah artis cantik itu tidak lagi bertudung.

Kali terakhir pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu memuatnaik hantaran di ‘Instagram feed’ adalah pada 1 Ogos lalu.

Dalam video dikongsikan di platform itu adik kepada aktres Uqasha Senrose berkenaan masih dilihat memakai tudung.

Pada 2022, Nelydia dan suami mengerjakan haji dan sejak pulang daripada menunaikan rukun Islam kelima itu, dia dilihat terus mengenakan hijab.

Usaha Scoop untuk menghubungi Nelydia gagal apabila telefonnya dimatikan. – 4 Oktober 2023.

Topics

 

Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related