HEADLINES

Berdosa ke jadi janda?, Awak terlahir pun dari seorang perempuan, ibu Shila Amzah sekolahkan lelaki biadap yang mengutuk dan menghinanya

Memuat naik sebuah hantaran, Fauziah yang juga bekas isteri kepada Datuk ND Lala bukan sahaja telah meluahkan perasaannya itu, tetapi turut mendedahkan wajah lelaki berkenaan.

4:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ibu kepada Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman tidak dapat menyembunyikan rasa marah dan bengang terhadap seorang lelaki yang telah mengutuk dan menghinanya melalui komen di akaun Instagramnya.

Memuat naik sebuah hantaran, Fauziah yang juga bekas isteri kepada Datuk ND Lala bukan hanya meluahkan perasaannya itu, tetapi turut mendedahkan wajah lelaki biadap berkenaan.

“Masuk IG saya kata saya lapar publisiti. Panggil saya musibat dan kutuk saya janda. Terima kasih hina kami!

“Awak terlahir pun dari seorang perempuan. Memalukan sungguh lelaki macam awak ni!!! @xxxxxxxxxxx. Berdosa ke jadi janda?,” soalnya.

Menerusi hantarannya itu, Fauziah turut mempersoalkan tentang panggilan musibat yang dilemparkan terhadap dirinya.

Hantaran Fauziah yang juga bekas isteri kepada Datuk ND Lala bukan hanya meluahkan perasaannya itu, tetapi turut mendedahkan wajah lelaki biadap berkenaan. – Gambar Instagram Fauziah Sarman, 5 Oktober, 2023

“Apa maksud musibat ya? Mertua bekas suami saya orang Melaka, saudara-mara penyondol ke?,” soalnya lagi.

Rata-rata pengikut Instagram Fauziah memberi sokongan kepadanya serta turut melahirkan rasa marah terhadap sikap biadap lelaki itu. Mereka juga menganggap ia adalah satu penghinaan buat golongan ibu tunggal.

Bahkan, ada yang menuduh lelaki terbabit adalah dari kalangan saudara-mara penyondol. Tidak kurang juga yang mendakwa ia adalah akaun palsu yang dicipta oleh si penyondol.

Ada pula yang meminta Fauziah untuk membuat laporan polis terhadap lelaki tersebut. – 5 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related