HEADLINES

Gucci umum Park Gyu Young sebagai duta baharu

Park Gyu Young menjadi artis baharu mewakili jenama mewah tersebut, selain aktres Shin Min Ah, Hanni (NewJeans) serta Lee Jung Jae yang terkenal dengan Squid Game

1:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aktres Park Gyu Young diumum sebagai duta terbaharu jenama global, Gucci.

Jenama mewah Itali itu melamar diva Korea Selatan itu selepas kehadirannya di pertunjukan fesyen 2024 S/S Gucci yang diadakan di Milan.

Dengan pengumuman yang dibuat semalam itu, Gyu Young yang mula mencipta nama dalam drama bersiri TVN, It’s Okay Not To Be Okay pada 2020, bakal sibuk dengan peranannya sebagai duta Gucci untuk projek yang akan datang.

Gucci dalam satu kenyataan berkata: “Kami sangat gembira kerana Park Gyu Young menyertai kami dalam pelbagai aktiviti akan datang. Kami tidak sabar untuk mencipta estetika dan gaya baharu untuk jenama itu bersama-sama dengannya.”

Membalas kenyataan Gucci, aktres itu berkata: “Saya amat berbesar hati untuk mengambil peranan sebagai duta jenama global Gucci. Aspirasi saya adalah untuk menyatakan keperibadian, semangat, dan keyakinan diri saya melalui pelbagai inisiatif kerjasama dengan Gucci.”

Dengan pemilihannya itu, Gyu Young menjadi artis baharu yang menyertai barisan selebriti terkemuka Korea Selatan yang mewakili jenama mewah tersebut.

Sebelum ini, artis Korea Selatan yang terpilih adalah Kai daripada EXO, aktres Shin Min Ah, Hanni (NewJeans), Lee Jung Jae (Squid Game) dan UI iaitu artis solo K-Pop.

Dalam perkembangan terbaharu, Gyu Young bakal membintangi siri TV MBC, A Good Day To Be a Dog bersama Chan Eun Woo dan Lee Hyun Woo.

Aktres yang mula terlibat dalam kerjaya seni sebagai model video muzik Jo Kwon bertajuk Crosswalk pada 2016 itu juga bakal muncul dengan dengan watak utama dalam Squid Game Musim 2. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

Haze returns: API exceeds 150 in Nilai, Seremban, Johan Setia

Including Kuantan, four areas recorded unhealthy air quality as of 10am

Malaysia Airlines cancels more Shanghai flights as Typhoon Bavi intensifies

National carrier suspends Kuala Lumpur-Shanghai services on July 11 and 12, following earlier Taipei flight cancellations due to worsening weather conditions

Related