HEADLINES

Dituduh ‘bias’, ada peserta ‘favourite’, ini komen juri GV10

Netizen mula membangkitkan isu 'favoritism' yang didakwa berlaku dalam pertandingan nyanyian itu melibatkan barisan juri profesional

10:23 PM MYT

 

SHAH ALAM – Nampaknya pertandingan nyanyian All Stars Gegar Vaganza (GV10) semakin panas.

Terbaharu, barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang dikatakan bersikap bias (berat sebelah) dan mempunyai peserta favourite (kegemaran) mereka sendiri.

Perkara itu mula diperkatakan netizen di media sosial apabila keputusan juri didakwa tidak setara dengan persembahan peserta.

Malah juri juga dikatakan memberi komen yang ‘murni’ hanya untuk peserta kegemaran mereka.

Menjawab isu tersebut, ketua juri, Datuk Ramli MS berkata, perkara itu (favouritism) tidak pernah wujud sama sekali.

Datuk Ramli MS selaku ketua juri berkata, perkara itu (favouritism) tidak pernah wujud sama sekali – Gambar Astro, 9 Oktober, 2023

“I don’t think so (Saya tidak fikir begitu)”, jawabnya ringkas saat pada sidang media sejurus tamat konsert minggu ketiga.

Bagi Datuk Syafinaz pula, dia menyifatkan komen yang diberikannya masih berlapik tetapi tiada unsur favouritism (pilih kasih).

“Kalau benar ada favouritism, rasanya semua peserta tak akan tersingkir hingga ke akhir. Kami semua profesional. Kami cakap perkara yang benar, apa yang kami nampak.

Datuk Syafinaz pula menyifatkan komen yang diberikannya masih berlapik tetapi tiada unsur favouritism (pilih kasih) – Gambar Astro, 9 Oktober, 2023

“Kadang-kadang penonton tidak faham dengan apa yang kami katakan. Contohnya, bila saya komen tentang ‘sharp’, orang bersorak kerana mereka tidak faham apa yang kami maksudkan dan menganggap ia satu pujian walhal sebaliknya,” katanya.

Terdahulu, netizen mempertikaikan keputusan Jaclyn Victor yang mendapat tempat pertama pada konsert GV10 minggu ketiga, membawakan lagu Hindi, Bole Chudiyan.

Menurut mereka, penyanyi Liza Hanim dan Naqiu menampilkan persembahan lebih bagus pada malam tersebut dan lebih layak mengungguli kedudukan teratas. – 9 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

Property overhang trend in Penang tapers, but long-term solutions remain crucial: Experts

Industry observers call for targeted interventions to resolve the state's housing glut problem

Related