HEADLINES

Tahniah! Hasil perkongsian hidup, Nad Zainal dan Ungku Ismail dapat ‘baby’ lelaki, adakah Puteh namanya?

Pelakon Farah Nadia Zainal atau Nad Zainal, 33, telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 10 Oktober lalu

3:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon Farah Nadia Zainal atau Nad Zainal, 33, selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan pada 10 Oktober lalu.

Namun, khabar gembira itu baru dikongsi suaminya iaitu aktor Ungku Ismail melalui hantaran di akaun Instagram miliknya.

Ungku Ismail sambil memangku bayi yang dilindungi wajah itu memanjatkan kesyukuran di atas kurniakan Ilahi tersebut. Bahkan, dia turut mengucapkan terima kasih kepada Nad yang telah bersusah payah melahirkan zuriatnya itu.

“Selamat datang, anak lelakiku, dunia ini bukan tempat yang mudah tapi tempatmu di sisi Tuhan akan menentukan kebahagiaan dan kejayaanmu. Jangan biarkan orang lain memberitahumu sebaliknya,” katanya dengan penuh makna mendalam.

Ungku Ismail juga menyatakan bahawa cinta tidak semestinya merah tetapi ada kalanya putih dan dia juga meletakkan tanda pagar #puteh, seolah-olah memberi makna bahawa ia mempunyai kaitan dengan nama anaknya itu.


Dalam pada itu, Nad Zainal pula dalam perkongsian di IG Story memberitahu bahawa dia sudah pun menjalani proses berpantang di sebuah pusat berpantang.

“Dah mula pantang ni ha. Kena mula berjamu. Malam ni Nanad kongsi jamu. Satu-satunya jamu dari zaman review, sekarang terus lekat jadi pelanggan tetap. Rupanya kawan kita pun makan jamu ni,” tulisnya.

Ungku Ismail dan Nad Zainal telah mendirikan perkahwinan pada 23 Januari lalu. Ini adalah cahaya mata pertama Ungku Ismail setelah memperisterikan Nad.

Manakala Nad sebelum ini telah memiliki dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7 dan Budi Kalsom, 3 hasil perkongsian hidup dengan Muhammad Faliq Amiruddin yang dikahwininya pada 18 Disember 2015 dan kemudian bercerai pada September 2022. – 14 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related