HEADLINES

Elly Mazlein, suami peserta keenam Famili Duo?

Netizen mula membuat spekulasi pasangan suami isteri itu menjadi peserta terbaharu Famili Duo musim ketiga selepas poster promosi rancangan tersebut dikatakan sama dengan gambar perkahwinan mereka

3:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malam ini, buat pertama kalinya peserta keenam rancangan Famili Duo musim ketiga bakal diperkenalkan menerusi konsert minggu pertama yang akan bersiaran secara langsung tepat jam 9 malam di TV3.

Berdasarkan gambar promosi dikongsikan di platform media sosial TV3, ramai netizen membuat spekulasi bahawa peserta keenam itu adalah Elly Mazlein dan suaminya, Azlan.

Ini berdasarkan gambar disunting dari poster tersebut dikatakan sama dengan gambar perkahwinan, Elly Mazlein.

Komen para netizen di laman media sosial TV3 – Tangkapan layar Instagram, 15 Oktober, 2023

Lebih menguatkan spekulasi itu adalah keputusan Elly menarik diri daripada rancangan All Star Gegar Vaganza (GV10) sebagai hos, awal minggu ini.

Namun, Elly memberikan alasan mempunyai masalah peribadi sebagai punca dia menarik diri daripada program tersebut.

Lima pasangan Famili Duo yang akan berentap untuk musim kali ini ialah Shila Amzah & Syahir Amzah, Adira Suhaimi & Emma Suhaimi, Haqiem Rusli & Ariff Bahran, Tom & Fuad Rahman dan Ryan Bakery & Adam Bakery.

Semua spekulasi ini hanya akan terjawab dalam rancangan Famili Duo pada malam ini. Sama-sama kita nantikan. – 15 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Horror at Bangkok shopping mall as two Malaysians set on fire in unprovoked attack

A Thai man set fire to the tourists after dousing them with paint thinner, with bystanders quickly intervening to restrain him

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

Related