◉ HEADLINES

Terlanjur bergurau nama bapa Azmi Saat, Jihan Muse mohon maaf, ‘saya tiada niat…’

Pengacara ASGV itu dikecam hebat gara-gara mempersendakan nama bapa Azmi yang dijemput sebagai penyanyi undangan

2:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengacara All Star Gegar Vaganza (ASGV), Jihan Muse tampil membuat permohonan maaf gara-gara ketelanjurannya bergurau mengenai nama bapa penyanyi Azmi Saat sewaktu konsert minggu keempat yang berlangsung Ahad lepas.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Jihan memberitahu bahawa dia sudah memohon maaf kepada Azmi secara peribadi, kelmarin.

“Saya sudah berhubung dan memohon maaf secara peribadi dengan beliau. Tiadalah saya berniat untuk mempermainkan nama dan menghina seperti yang diperkatakan.

“Namun, saya akui ia kesilapan dari saya sendiri kerana tidak peka dan sensitif. Begitu juga dengan gurauan yang tidak bersesuaian yang dibuat. Ia tidak patut berlaku kepada sesiapa pun.

“Bagaimanapun ini pengajaran buat saya untuk lebih peka dan berhati-hati. Saya terima segala teguran. Segala yang buruk dari kekhilafan saya sendiri,” tulisnya.

Menurutnya lagi, dia berharap perkara tersebut tidak dilakukan dirinya dan sesiapa lagi selepas ini.

“Ia bukan perkara yang boleh dinormalisasikan. Semoga kami dapat menyusun skrip dengan lebih baik selepas ini. Teruskan menonton dan menyokong ASGV,” tulisnya.

Terdahulu penonton ASGV meluahkan kemarahan dan kekecewaan mereka dengan gurauan Jihan sewaktu mahu memperkenalkan Azmi Saat sebagai salah seorang penyanyi undangan untuk berduet bersama Azharina pada konsert minggu keempat.

Ketika itu, Jihan menggunakan nama bapa Azmi iaitu Saat sebagai bahan gurauannya bersama Nabil Ahmad. – 18 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related