◉ HEADLINES

Britney Spears dedah pernah mengandung, gugurkan anak Justin Timberlake

Pendedahan itu dibuat dalam autobiografinya yang berjudul The Woman In Me yang akan dipasarkan tidak lama lagi

4:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi pop sensasi, Britney Spears membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui pernah mengandung dan menggugurkan kandungannya hasil hubungan bersama bekas kekasih, Justin Timberlake.

Pendedahan eksklusif itu dimuatkan dalam autobiografinya berjudul The Woman In Me yang bakal dipasarkan tidak lama lagi.

Menurut artikel yang diterbitkan majalah People, Britney terpaksa menggugurkan kandungannya kerana pada ketika itu Justin belum bersedia untuk menjadi seorang bapa.

“Pada saya kandungan itu merupakan satu kejutan tetapi ia bukannya satu tragedi. Saya sangat mencintai Justin. Saya sentiasa mengharapkan kami akan memiliki sebuah keluarga suatu hari nanti.

“Tetapi Justin nyata tidak gembira dengan kandungan ini. Katanya kami belum bersedia untuk memiliki anak kerana masih terlalu muda,” katanya.

Menurut penyanyi lagu ‘Baby One More Time’ itu lagi, jika keputusan tersebut mengenai dirinya seorang, dia pasti tidak akan mengugurkan kandungannya.

“Justin sangat yakin dia tidak mahu menjadi seorang bapa ketika itu. Pengalaman menggugurkan kandungan itu antara paling menyeksakan dalam hidup saya,” katanya.

Disebabkan pendedahan itu, ramai peminat Britney di seluruh dunia mula mengaitkan video muzik lagu Everytime tentang kisah tersebut.

Dalam video muzik itu, Britney berlari di dalam sebuah hospital dan ada babak di mana seorang ibu baru melahirkan bayi.

Malah lirik lagu itu juga dikatakan ada kaitan dengan kandungannya.

Justin dan Britney mula bercinta pada 1999 ketika kedua-duanya sedang meniti puncak populariti. Mereka bagaimanapun berpisah pada 2002.

Bekas anggota kumpulan N’sync itu bahagia bersama isterinya, Jessica Biel yang juga seorang aktres.

Britney pula pernah berkahwin dengan penarinya, Kevin Federline dan Sam Asghari, namun kedua-dua perkahwinan tersebut gagal. – 18 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

National Unity Ministry sec-gen lodges police report over graft allegations

Viral posting claims Datuk Azman Mohd Yusof orchestrated price markups, received kickbacks

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related