HEADLINES

Enggan komen isu lirik lagu Nur Nilam Sari yang diubah hingga menjadi tular, M. Nasir anggap ia hak awam

M. Nasir juga bakal menjayakan Konsert Gendang Pati di Dewan Plenari KL Convention Centre pada 18 November ini

8:52 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Komposer dan penghibur legenda, Datuk M Nasir enggan mengulas mengenai isu lirik lagu ciptaannya ‘Nur Nilam Sari’ diubah liriknya hingga menjadi tular di platform TikTok.

“Saya tidak ada apa nak komen,” katanya sewaktu ditemui pada sidang media Konsert Gendang Pati.

Lagu Nur Nilam Sari menjadi tular apabila ada netizen yang mengubah liriknya daripada ‘Pinjam Sinarmu Nur Nilam Sari’ kepada ‘Pinjam Seratus Nur Nilam Sari’ sehingga ia menjadi ikutan ramai termasuk Datuk Awie sendiri yang merupakan penyanyi asalnya.

Lagu tersebut dicipta khas M. Nasir sempena pemergian isteri pertamanya, Allahyarham Junainah M Amin yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 1998 iaitu selepas melahirkan bayi perempuan mereka yang berusia 2 bulan iaitu Nur Nilam Sari.

Ditanya adalah perkara itu terlalu sensitif untuk dia diperkatakan, M. Nasir menafikannya, sebaliknya berkata, dia tidak mampu menghalang dendangan yang diciptakan khusus untuk anaknya kerana ia sudah menjadi hak milik awam.

“Benda dah tular pun. Terpulang pada mereka, itu hak awam, saya tak ada benda nak cakap,” katanya.

M. Nasir turut memberikan pandangannya tersendiri mengenai pengaruh TikTok dalam kerjaya seni seseorang artis.

“Pada saya TikTok merupakan medium paling berkuasa sekarang ini dan menjadi budaya pada era ini. Tapi, tak tahulah bila akan basi.

“Sebetulnya, ia mempunyai kesan positif dan negatif tetapi ia memang popular sekarang. Bergantung kepada pengguna untuk memanfaatkannya dan membuat pertimbangan yang betul,” katanya lagi.

M. Nasir bakal menjayakan Konsert Gendang Pati di Dewan Plenari KL Convention Centre pada 18 November ini dengan diiringi 17 pemuzik dan sebahagiannya adalah pemain-pemain perkusi terbaik. – 18 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related