HEADLINES

Wanna Ali duet lagu bersama bapa tiri, ‘ini permintaan ibu sendiri, saya tidak risau jika timbul…’

Lagu berjudul Bukan Sekadar Lafaz itu dicipta sepenuhnya ibu Wanna untuk siaran drama lakonannya

12:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon semakin meningkat naik, Wanna Ali, 25, memeriahkan persada seni muzik tanah air apabila melancarkan lagu terbaharunya berjudul Bukan Sekadar Lafaz yang dinyanyikan secara duet bersama bapa tirinya, Aiman Ismail, 31.

Menurut Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali, lagu itu adalah runut bunyi bagi drama lakonannya di slot Akasia TV3 yang menggunakan judul sama.

Bukan Sekadar Lafaz lagu itu adalah runut bunyi bagi drama lakonannya di slot Akasia TV3 yang menggunakan judul sama. – Gambar Pencil Pictures & Records, 19 Oktober, 2023.

Lagu itu dicipta sepenuhnya ibu Wanna, Datuk Ayu Puteh yang juga penerbit dan pemilik produksi drama, Pencil Pictures & Records.

“Drama ini merupakan terbitan ibu dan saya sebagai pelakon utamanya di sisi Alif Satar. Justeru itu, ibu mencipta sebuah lagu baharu untuk dijadikan lagu tema rasmi drama ini yang kini sedang bersiaran di TV3,” katanya.

Mengulas mengenai kolaborasi julung kali bersama bapa tirinya sendiri, Wanna berkata, kerjasama antara mereka sepanjang proses rakaman dibuat secara profesional, malah dia tidak risau jika timbul persepsi negatif daripada pihak luar.

“Lirik lagu ini berkisar tentang hidup ibu saya dan suaminya, Aiman. Disebabkan itu, dia mahu ahli keluarga terdekat menyanyikannya sebab dirinya bukan seorang penyanyi.

“Dalam keluarga, saya dan Aiman memang sudah lama menyanyi. Maka sebab itulah kami bersetuju bekerjasama merakam lagu ini. Lagipun, ini permintaan ibu sendiri,” jelasnya yang pernah popular dengan lagu Lepaskanlah sewaktu berusia 16 tahun.

Sementara itu, Aiman ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, kolaborasinya bersama Wanna tidak perlu dijadikan isu besar sementelah mereka tahu menjaga batas masing-masing.

Katanya, memahami rasa dan inti lagu itu sahaja sudah cukup profesional untuk menyampaikannya, tambahan karya terbabit adalah istimewa hasil nukilan isteri dicintai.

Wanna dan Aiman berharap, penyatuan kedua-dua mereka di dalam sebuah lagu dapat diterima secara positif serta tidak perlu mengaitkannya dengan perkara negatif. – Gambar Pencil Pictures & Records, 19 Oktober, 2023.

“Sudah lapan tahun saya hayati lirik ini sejak berkahwin dengan Ayu. Bahkan, Wanna pun tahu betapa bermaknanya lagu ini buat saya,” ujar Aiman yang sebelum ini pernah muncul dengan debut bertajuk Cintamu Palsu pada 2015.

Bercerita mengenai pengalamannya sewaktu proses rakaman suara, Aiman berkata, dirinya sedikit kekok menjiwai lagu itu ketika berdepan dengan Wanna.

“Nak tak nak, saya dan Wanna kena profesional. Kami tetapkan niat, rakam lagu duet ini adalah untuk runut bunyi drama Bukan Sekadar Lafaz.

“Selain itu, bagi menghilangkan rasa canggung, saya tatap wajah isteri yang sememangnya sentiasa berada di sisi kami semasa proses menyiapkan lagu ini,” ujarnya.

Justeru, Wanna dan Aiman berharap, penyatuan kedua-dua mereka di dalam sebuah lagu dapat diterima secara positif serta tidak perlu mengaitkannya dengan perkara negatif. – 19 Oktober 2023

Topics

 

Popular

White flags to whitewashing KL: stop harmful myths against homelessness – Maya Zaharudin

From labelling the unlucky as lazy to blaming NGOs, rakyat must stop pointing fingers and rally for better policy and collective action

PAS urges calm amid rising religious tensions in Malaysia

PAS secretary-general Takiyuddin Hassan calls for wisdom, restraint and responsible discourse following disputes involving Hindu organisations and Muslim individuals

Police to wrap up sedition probe into Tony Pua in a week

Investigations into former lawmaker Tony Pua for sedition will take about a week more, Inspector-General of Police Tan Sri Razarudin Husain said today.

Related