HEADLINES

Saya sudah makan dua bungkus nasi lemak sebelum buat persembahan malam ini…: Judika

Penyanyi itu juga berkata, dia gembira kerana impiannya mengadakan konsert skala besar di hadapan ribuan penonton di Malaysia tercapai

11:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Impian saya tercapai apabila dapat menyanyi di hadapan ribuan orang di dalam sebuah konsert pada malam ini,” kata penyanyi pop rock Indonesia, Judika.

Dia berkata demikian sewaktu menjayakan Konsert Rock Mantic Judika dan The Gang di Arena Axiata, Bukit Jalil.

Bahkan, Judika mengakui amat merindui Malaysia dan bertemu peminatnya di negara ini.

“Saya sudah makan dua bungkus nasi lemak sebelum datang ke sini.

“Saya sedia nyanyi sampai jam 2 pagi,” kata Judika sambil disambut deraian ketawa peminatnya.

Dalam konsert itu, Judika membawakan beberapa lagu hitsnya, termasuk Jikalau Kau Cinta, Tak Mungkin Bersama, Sampai Kau Jadi Milikku, Tentang Rahsia, Putus Atau Terus serta Jadilah Aku Sebentar Sahaja.

Judika turut membawakan lagu Mama Papa Larang yang dihasilkan berdasarkan kisah realiti hidupnya apabila terpaksa berjuang selama enam tahun untuk memenangi hati ibu bapa dan bapa mertuanya, sebelum mengahwini isterinya, Duma Riris Silalahi.

Sesuai dengan tema konsert, Judika turut ditemani beberapa penyanyi undangan dari Malaysia dan Indonesia.

Penyanyi dari Malaysia adalah Marsha Milan, Hakiem Rusli dan Shila Amzah, manakala dari Indonesia, Dnanda, Daniel Pattinama dan Axin Xay. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related