HEADLINES

‘Saya terharu’, Sasha Saidin kongsi cerita menjadi sukarelawan untuk projek amal bantu rakyat Palestin di Dubai

Penyanyi dan anggota kumpulan Elite telah menjadi sukarelawan untuk projek amal Tarahum For Gaza anjuran Tarahum Charity, Emirates Red Crescent dan Dubai Cares

2:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun sudah menetap di Dubai kerana mengikut suaminya, Sirhan Wahab yang bertugas dalam sektor kewangan di situ, namun Sasha Saidin tetap menggunakan kesempatan yang ada untuk melakukan kegiatan atau aktiviti yang bermanfaat.

Memandangkan ketika ini Gaza sedang bergolak, dengan penduduk Palestin berdepan situasi sukar, penyanyi dan anggota kumpulan Elite itu telah menjadi sukarelawan untuk projek amal Tarahum For Gaza anjuran Tarahum Charity, Emirates Red Crescent dan Dubai Cares.

“Saya diberi peluang untuk membantu dalam membungkus kit bantuan untuk saudara-saudara kita di Gaza bersama dengan orang-orang dari seluruh United Arab Emirates (UAE) yang berkumpul hari ini.

“Masya Allah, perasaan bercampur baur di antara kesungguhan dan rasa yang terdesak apabila mengetahui bahawa umat Islam di Gaza sangat memerlukan keperluan asas harian sekarang tetapi gelombang kepuasan juga dirasai selepas mengetahui bahawa sedikit bantuan sedang dalam perjalanan,” katanya dalam satu hantaran pertama di Instagramnya.

Dalam hantaran kedua yang dimuatnaik di akaun media sosial yang sama sebentar tadi, Sasha yang juga kakak ipar kepada aktres Rozita Che Wan berkata, ini adalah kerja sukarelawan pertama yang dilakukan di UAE.

Dia turut menjelaskan tentang maksud Tarahum iaitu menunjukkan rasa belas kasihan serta simpati antara satu sama lain, mesej harapan untuk penduduk Gaza.

“Saya benar-benar terharu apabila melihat semua orang yang datang bersama. Pada saat saya meninggalkan syif saya, pasti terdapat beratus-ratus sukarelawan yang bertugas di ruang dewan Qalaat Al Remaal .

“Mungkin pada waktu acara amal itu dijadualkan berakhir pada jam 2.30 petang nanti saya tidak akan terkejut jika beribu-ribu sukarelawan telah keluar masuk di antara pintu-pintu itu,” katanya.

Jelas Sasha lagi, dia adalah kumpulan sukarelawan pertama yang tiba pada jam 9 pagi untuk melakukan tugas mengisi barang keperluan penting seperti makanan, pakaian dan peralatan mandian di dalam kotak-kotak yang disediakan di baris-baris meja yang terletak di dalam dewan tersebut.

“Barisan tempat saya bertugas adalah membungkus kotak kit bantuan untuk wanita seperti tuala wanita, tuala, sanitiser, berus gigi dan lain-lain.

“Manakala barisan di hadapan kami sedang membungkus kit bantuan kecemasan untuk bayi dengan barangan seperti lampin, susu formula bayi, selimut dan lain-lain,” katanya.

Sasha juga memberitahu, saat melakukan tugas-tugas sukarelawan itu, mereka memulakan tugas dengan bacaan Bismillah dengan memikirkan tentang wanita yang akan membuka kotak yang sama.

“Apa yang saya lakukan ini tidak seberapa tetapi saya akan mengatakan ini untuk semua orang yang berada di dalam dewan bersama dengan saya.
“Mereka muncul dan datang dari pelbagai tempat dan mereka sama-sama membungkus kotak dengan barangan yang ada di dalam, begitu juga dengan doa kepada Allah SWT untuk memohon agar penduduk Gaza diberikan keteguhan, kesabaran serta kekuatan,” katanya. – 22 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related