HEADLINES

FDAM telah dibenarkan beroperasi semula, isu pembatalan pendaftaran telah selesai: Pemangku Presiden

Zulkeflie memberitahu, pembatalan pendaftaran itu berlaku disebabkan kelalaian daripada pihaknya

7:46 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Isu pendaftaran Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) yang dibatalkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 7 Jun lalu telah pun selesai selepas rayuan dibuat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ia membolehkan persatuan yang dinaungi pengarah-pengarah tempatan sama ada dalam medium drama, filem mahu pun dokumentari beroperasi semula.

Menurut Pemangku Presiden FDAM, Datuk Zulkeflie M Osman, KDN melalui surat bertarikh 15 September lalu telah meluluskan rayuan yang dikemukakan sebelum ini di bawah kuasa yang diperuntukkan kepada Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 18, Akta Pertubuhan 1966.

“Sehubungan itu, FDAM telah mengadakan pertemuan dengan JPPM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam dan beberapa perkara telah dibangkitkan seperti logo rasmi FDAM yang belum diluluskan penggunaannya sehingga diputuskan dalam Mesyuarat Agung tahunan yang akan diadakan hujung tahun ini.

“Tindakan penambahbaikan perlu dikemukakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh surat tersebut,’’ katanya dalam satu kenyataan media.

Zulkeflie berkata, pertemuan itu turut disertai setiausaha FDAM, Mohamad Zaini Hassan dan bendahari Logananthan Kanabathy.

Beliau turut mengakui pembatalan pendaftaran itu berlaku adalah disebabkan kelalaian daripada pihaknya.

“Kadangkala, oleh kerana sesuatu kebiasaan, ia membuatkan kita terlepas pandang terhadap sesuatu perkara yang boleh menjejaskan kualiti pengurusan persatuan sendiri.

“Fokus dan hala tuju FDAM kini adalah untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan persatuan termasuk langkah-langkah penambahbaikan dan idea-idea baharu yang boleh diperluas bagi kemajuan persatuan,” katanya.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada pihak-pihak yang memberikan kepercayaan tidak berbelah bahagi kepada FDAM untuk memulihkan kemelut yang melanda persatuan itu. – 25 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

‘We’re compliant’: ECRL assures public of environmental standards in Selangor project

DoE approval confirms adherence to environmental guidelines amid excavation of Gombak Tunnel

Months after Onew fan meet collapse, organiser admits refunds remain under 50%

Fans demand accountability as MND Sport & Event faces mounting backlash over unfulfilled refund promises

Related