HEADLINES

Liza Hanim bakal adakan konsert sulung selepas 27 tahun bergelar penyanyi

Liza Hanim akan turut memperkenalkan single terbarunya yang dihasilkan komposer hebat, Ajai iaitu Mengertilah pada konsert terbabit

3:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Mempunyai konsert solo sendiri adalah impian setiap penyanyi termasuklah Liza Hanim dan buat pertama kalinya penyanyi bersuara gemersik ini bakal mengadakan konsert sulungnya selepas 27 tahun berada dalam industri muzik.

Konsert yang dinamakan Liza Hanim 27 Years Journey In Concert ini dibawakan LH Media SB dengan penganjur bersama Laugh Out Loud Entertainment dan bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Februari depan.

Menurut Liza Hanim atau nama lengkapnya, Haliza Hanim Abdul Halim, 43, dia sangat teruja untuk beraksi di konsert sulungnya ini memandangkan ia adalah impiannya sejak dulu lagi.

“Tentulah saya sangat teruja untuk mengadakan konsert setelah 27 tahun berkelana dalam dunia seni nyanyian dan rakaman lagu.

“Lebih mengujakan selain mendendangkan lagu-lagu popular dan malar segar dahulu, saya akan memperkenalkan single terbaru yang dihasilkan komposer hebat, Ajai iaitu Mengertilah di malam konsert itu nanti,” katanya.

Tambah Liza apa yang lebih penting ia adalah momen pertemuan penuh makna bersama peminat selepas sekian lama bergelar penghibur.

“Liza Hanim 27 Years Journey In Concert bukan sekadar tentang saya sahaja tetapi mengenai pertemuan ‘intim’ bersama peminat setia sejak 27 tahun ini serta berkenalan dengan peminat yang baharu mengenali Liza Hanim menerusi single atau pembabitan saya dalam beberapa program seperti Gegar Vaganza.

“Inilah momen yang saya tunggu sebagai lambang apresiasi kepada semua yang tak jemu menghargai dan menyokong karier seni saya,” ujarnya.

Peta tempat duduk serta harga untuk konsert sulung Liza Hanim – Gambar Liza Hanim, 30 Oktober, 2023

Konsert ini juga mendapat sokongan dari Kementerian Komunikasi & Digital melalui MyCreative Ventures Sdn.Bhd.

Liza telah menghasilkan tujuh album dan turut membabitkan diri dalam dunia lakonan menerusi filem KL Menjerit serta Laila Isabella. Tidak dilupakan pembabitannya dalam teater muzikal P Ramlee di mana dia memegang watak sebagai Saloma.

Liza juga menjadi penyanyi pertama di Malaysia yang meraih Anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu pada 2003.

Tiket-tiket berharga RM228 (CAT 3), RM288 (CAT 2), RM358 (CAT 5), RM388 (CAT 1), RM398 (CAT 4), RM8,000 (VIP BOX) dan RM189 (MEET & GREET) boleh dibeli menerusi www.myticketempire.com. – 30 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Related