Jadi duta 16 jenama, Fazley jawab kerjasamanya dengan jenama kopi diboikot ramai, ‘saya sendiri sudah buat…’

Katanya, secara peribadi dia tidak terkesan dengan situasi boikot itu kerana menganggap pengikut mengetahui latar belakangnya, selain memahami keadaan sebenar

1:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selebriti dan cef, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia kini dilantik sebagai duta kepada 16 jenama daripada pelbagai rangkaian produk.

Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob, 45, menyifatkan setiap tawaran diterimanya itu rezeki untuk keluarganya.

Sebagai duta 16 pelbagai jenama, Fazley menyifatkan setiap tawaran yang diterimanya sebagai rezeki untuk keluarga. – Helmi Anuar/Scoop, 31 Oktober, 2023

“Ini semua adalah rezeki Allah SWT kepada saya dan anak-anak. Saya menggalas tanggungjawab sebagai duta kepada 16 jenama. Ia merangkumi pelbagai rangkaian dan bukan makanan semata-mata.

“Antaranya duta untuk kanta lekap dari Korea Selatan, hospital, produk penjagaan kulit, pisau pemotong dan peralatan masakan yang saya akan umumkan kelak,” katanya ketika ditemui pada majlis santai bersama media di restoran Suka Sucre miliknya.

Mengulas mengenai kolaborasinya bersama jenama kopi antarabangsa yang kini menjadi sasaran utama orang ramai untuk diboikot gara-gara ia didakwa menyokong Israel, Fazley berkata dia sudah menyelidik latar belakang syarikat itu di Malaysia.

“Ramai tidak tahu saya juga adalah seorang juru audit. Tugas saya untuk audit jenama yang saya ingin bekerjasama.

“Jadi apabila saya menjadi duta untuk jenama yang kononnya sensitif, saya sendiri sudah buat kajian mengenai kebolehan mereka untuk mentadbir keadaan politik semasa, adakah mereka menggunakan ramai pekerja tempatan dan adakah mereka terbabit secara langsung dengan pihak yang dikatakan netizen,” katanya.

Penyanyi lagu Asmara Ini itu bersyukur kerana restorannya, Suka Sucre masih menjadi pilihan ramai biarpun sudah hampir 10 tahun beroperasi. – Helmi Anuar/Scoop, 31 Oktober, 2023

Malah, Fazley berkata, apa diketahuinya, syarikat jenama itu di Malaysia adalah milik rakyat negara ini dan memiliki pekerja tempatan, selain mendermakan RM1 juta kepada Palestin.

“Saya rasa tiada masalah untuk saya terus bekerjasama kerana mereka tidak didukung syarikat dari luar negara.

“Asalkan syarikat ini bertempat di Malaysia dan tahu mana hala tuju mereka, saya akan menjalankan tugas saya sebagai cef serta wajah untuk jenama berkenaan,” katanya.

Ditanya adakah dia terkesan dengan situasi ‘boikot’ sedang berlaku sekarang, beliau berkata, secara peribadi dia tidak terkesan.

“Saya menanti juga kalau-kalau ada yang hentam dalam Instagram, tetapi Alhamdulilah saya rasa pengikut saya tahu latar belakang saya.

“Mereka juga buat kajian terperinci untuk menilai sama ada untuk menghentam, menyokong, memboikot ataupun tidak,” ujarnya.

Selain itu, ketika diaju bagaimana sekiranya ada pihak mendesak dia untuk menarik diri dari jenama terbabit, susulan amarah rakyat Malaysia terhadap jenama dikaitkan dengan Israel berkenaan yang semakin membuak-buak, Fazley menegaskan bahawa dia tidak boleh melakukannya kerana harus mengikut kontrak ditetapkan.

Selain bekerjasama untuk produk makanan, Fazley juga menjadi duta untuk kanta lekap, hospital, produk penjagaan kulit, pisau pemotong dan peralatan masakan yang akan diumumkan kelak. – Helmi Anuar/Scoop, 31 Oktober, 2023

“Proses mengundur diri harus mengikut kontrak. Selagi tidak ada fakta atau bukti dari pihak syarikat bahawa mereka menyokong pihak tidak sepatutnya, saya rasa tiada masalah untuk saya bekerjasama,” katanya.

Pelantun lagu Bila April itu juga bersyukur apabila restorannya, Suka Sucre masih menjadi pilihan ramai biarpun sudah hampir 10 tahun beroperasi.

“Bermula dengan menghantar makanan ke beberapa lokasi, ia kemudian mempunyai ruang kecil di Shah Alam dan disusuli sebuah restoran di Cheras.

“Kini, Suka Sucre menjadi restoran di dalam hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur. Pada saya ini adalah satu kebanggaan buat saya dan anak-anak,” kongsinya. – 31 Oktober 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related