HEADLINES

Bersuara tentang konflik Israel-Palestin, tak perlu rasa takut: Scha

Pelakon itu menolak beberapa pelawaan menghadiri majlis fesyen melibatkan jenama antarabangsa sebagai solidariti kepada penduduk Gaza

7:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan ikon fesyen terkenal, Scha Al Yahya mengakui dia tidak takut untuk berkongsi hantaran mengenai Palestin biarpun banyak bekerjasama dengan jenama antarabangsa.

Menurut Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-yahya, 40, dia tidak menolak ada pihak yang kurang senang dengan kelantangannya di media sosial berhubung isu Palestin.

Bagaimanapun, dia memahami mengapa mereka bersikap sebegitu.

“Kita hidup di negara yang majoritinya beragama Islam. Kenapa saya perlu rasa takut. Benar, saya ada jalin kerjasama dengan jenama antarabangsa. Kita tahu mereka siapa.

“Tapi cara kita tunjukkan sokongan kita juga memainkan peranan. Tak perlu hentam terlalu kasar,” katanya ketika ditemui pada sidang media HeroDewi Remaja 2023.

Scha Al Yahya berkata, cara dirinya menunjukkan sokongan berkenaan konflik itu juga memainkan peranan dalam menjaga hubungan dengan jenama-jenama antarabangsa – Gambar Astro, 31 Oktober, 2023

Ditanya mengenai pihak yang takut bersuara mengenai isu Palestin kerana takut kehilangan ‘job’ (tawaran), Scha berkata, dia percaya kepada rezeki Allah.

“Kita bertuah kerana dilahirkan di Malaysia. Majoriti kita beragama Islam. Jadi mereka (jenama) faham kita.

“Tak perlu rasa takut. Percayalah Allah yang beri rezeki kepada kita, Insya-Allah,” katanya.

Tambah pelakon Awan Dania ini lagi, dia mengambil pendekatan untuk menolak beberapa pelawaan untuk menghadiri majlis fesyen melibatkan jenama antarabangsa sebagai solidariti kepada penduduk Gaza.

“Saya juga ada meminta agar menangguhkan dulu hantaran di media sosial yang melibatkan jenama-jenama yang saya bekerjasama kerana sensitif dengan isu semasa.

“Saya akan beritahu mereka saya kurang selasa dengan apa yang terjadi sekarang, dan perlu pilih masa yang lebih sesuai. Adalah sangat penting untuk kita berkomunikasi dengan mereka.

“Alhamdulillah, rata-rata yang pernah bekerja dengan saya, mereka semua faham. Bagi saya, kita perlu jadi bijak sikit daripada ikut sahaja permintaan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Scha bakal muncul sebagai mentor dan juri tetap untuk program pencarian bakat HeroDewi Remaja 2023 yang akan mula bersiaran pada 10 November ini di Astro Ria. – 31 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related