HEADLINES

Angkara ucapan ringkas ‘selamat hari lahir’ untuk isteri, Abhishek dikecam netizen

Netizen membandingkan ucapannya kepada Aishwarya Rai dengan ucapan panjang lebar ditulis Abhishek untuk bapanya

12:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dek kerana ucapan selamat hari lahir yang ringkas buat isterinya, Aishwarya Rai, aktor Bollywood, Abhishek Bachchan dikecam hebat netizen di negaranya.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati apabila Abhishek yang juga anak kepada superstar, Amitabh Bachchan hanya memuatnaik gambar Aishwarya di akaun Instagramnya dengan kapsyen “Selamat Hari Lahir” beserta emoji hati.

Netizen mempersoalkan mengapa ucapan yang diberikan kepada Aishwarya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-50 pada 2 November lalu terlalu ringkas, berbeza dengan ucapan hari lahir kepada bapanya, Abhishek ditulis begitu panjang lebar.

Bahkan, mereka juga kecewa kerana Abhishek seolah-olah tidak menghargai Aishwarya yang menjadi sebahagian daripada kehidupannya.

“Tolonglah tambahkan sedikit sentuhan peribadi. Seperti Selamat Hari Lahir untuk isteri tersayang atau darling,” kata seorang netizen di ruangan komen di Instagram Abhishek.

Sementara itu, seorang lagi netizen pula menulis: “Anda memberikan ucapan berbentuk artikel untuk bapa anda, tetapi untuk isteri anda hanya Selamat Hari Lahir?”.

Ada juga netizen yang bertanya mengapa Abhishek tidak mengadakan majlis besar-besaran untuk isterinya itu, sedangkan dia membintangi Ponniyin Selvan 2 yang menjadi filem Tamil cukup sukses tahun ini.

Beberapa komen lain pula berbunyi agak lebih keras dengan ada yang berpendapat Aishwarya layak mendapat ucapan lebih baik.

“Hari lahirnya yang ke-50 sangat istimewa baginya. Peminatnya melakukan segala-galanya untuk memastikan dia trending di Twitter, manakala suaminya hanya menulis Selamat Hari Lahir. Dia berhak mendapat yang lebih baik. Adalah suaminya cemburu dengannya?” soal seorang lagi netizen.

Netizen berkata demikian kerana pencapaian lakonan dan kerjaya seni, Aishwarya sebenarnya lebih cemerlang berbanding Abhishek.

Sementara itu, Aiswarya yang pernah dinobatkan sebagai Miss World 1994, meraikannya sambutan hari lahirnya secara bersederhana apabila menghabiskan masa bersama pesakit kanser di GSB Seva Mandal di Sion dan bersembahyang di kuil Siddhivinayak. – 4 November, 2023

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related