‘Jumpa anda di mahkamah’, Diva AA mahu saman Aliff Syukri RM100 juta

Azwan berkata, saman itu susulan tindakan Aliff Syukri yang dianggap mempunyai niat menganiaya dirinya apabila menarik rambut dan mengheretnya di acara persembahan di Singapura, baru-baru ini

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Memang Aliff Syukri ada minta maaf sambil melutut di hujung persembahan selepas insiden dia menarik rambut saya, mengheret saya tetapi adakah saya kata sudah memaafkan dia?”

“Waktu dia mohon maaf secara spontan dengan disaksikan ribuan penonton, saya terjerat, tidak ada pilihan dan hanya ikutkan sahaja keadaan dengan memeluknya, (nampak) seolah-olah saya memaafkannya”.

Demikian kata pengacara sensasi, Azwan Ali atau Diva AA selepas mengeluarkan kenyataan ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas usahawan produk kecantikan itu, berhubung perbuatannya yang disifatkan biadap dan keterlaluan.

Insiden antara kedua-dua mereka tercetus apabila Aliff Syukri menarik rambut dan mengheret Azwan ketika acara persembahan popular, The Roast of Okay Let’s Go di Star Theatre, Singapura pada 3 November lalu, kira-kira jam 10 malam.

Sehubungan itu, Azwan berkata, dia akan meneruskan saman RM100 juta ke atas Aliff Syukri dan membuktikan usahawan berkenaan mengambil kesempatan serta mempunyai niat menganiaya dirinya.

“Dia olah-olah seperti mengambil kesempatan untuk balas dendam kerana selama ini, saya ada memaki hamunnya dengan pelbagai isu di media sosial saya, khususnya di platform X.

“Memang ada bukti bahawa Aliff Syukri memulakan segalanya. Dia yang mulakan dengan mengeluarkan kata-kata ‘saya tidak suka dia ni’ sewaktu melihat kehadiran saya pada acara terbabit,” katanya.

Azwan berkata, walaupun dia sering memaki artis tertentu menerusi media sosial, tetapi dia tetap akan bersikap profesional dan tidak menggunakan kesempatan untuk menyerang atau membuat hal apabila berjumpa serta bertembung di luar.

“Tapi, kata-kata dilontarkannya itu membuatkan saya naik angin dan rasa tercabar. Bahkan, dia juga sanggup menepis telefon bimbit pintar yang sedang merakamkan aksi kami sampai ia terpelanting.

“Dia juga beritahu dia mahu tarik rambut saya kerana menganggap ia rambut palsu. Saya cakap kalau berani buatlah dan dia benar-benar melakukannya. Dia menarik rambut saya dengan kuat dan saya rasa sakit sangat. Dia juga menyeret saya sampai badan saya juga rasa sakit-sakit sampailah sekarang ini,” katanya.

Selain itu, Azwan berkata, selepas tamat persembahan, perasaannya menjadi lebih tercabar dan tidak dapat memaafkan perbuatan Aliff Syukri.

“See you in court (jumpa anda di mahkamah). Kau jawablah dekat mahkamah nanti,” katanya.

Mengulas lanjut, Azwan berkata, dia mendapat sokongan daripada banyak pihak untuk meneruskan saman terbabit.

“Mereka juga berpendapat apa dilakukan Aliff Syukri itu sebagai tidak patut. Saman malu ini akan tetap diteruskan walau apa pun terjadi. Peguam saya sedang meneliti kes ini dan menyifatkan ia sebagai ‘mala fidey’ yang berkaitan dengan tindakan atau keputusan berdasarkan niat buruk,” katanya.

Jelas Azwan, tiada jalan penyelesaian lain antara dia dengan Aliff Syukri kecuali tindakan undang-undang, memandangkan ia satu-satunya cara mengajar usahawan terbabit yang ego dan menganggap dirinya terlalu hebat.

“Ini saja cara nak ajar orang macam dia. Saya harap kes saman malu ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua pihak, terutama artis yang saya cop sebagai artis sangkak yang tidak boleh terima kecaman mulut saya terhadap pelbagai isu melanda mereka.

“Apa saya katakan benar belaka dan saya ada hak menegur pihak yang perlu dimaki. Sebelum ini, Aliff Syukri waktu bertemu saya pernah berkata, dia boleh terima teguran saya, Rupanya, propa saja lebih,” katanya. – 6 November, 2023

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related