HEADLINES

‘Jantung saya bagai nak jatuh ke lantai’, Uyaina Arshad cuak ditahan marshal di Amerika Syarikat gara-gara…

Melalui perkongsian yang sama, Uyaina turut meluahkan perasaan dia menerima banyak kecaman apabila terpaksa berada di negara barat itu atas urusan kerja

7:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui cuak saat ditahan serta disoal siasat marshal di Amerika Syarikat (AS).

Uyaina berkata, dia yang berada di sana atas urusan kerja awalnya beranggapan ditahan disebabkan video mengenai Palestin dimuatnaiknya di Instagram miliknya, tiga hari lalu.

“Saya rasa jantung bagai nak jatuh ke lantai. Dia (marshall) seorang lelaki besar. Kemudian, dia melihat saya dari atas hingga bawah. Seram…Lebih-lebih lagi selepas saya memuat naik video yang menjadi viral. Saya ingat, saya ditahan disebabkan video itu.

“Dalam hati saya kata, eh faham pula dia ni dalam Bahasa Melayu. Takkan video itu viral sampai ke AS?

“Berani mati jugalah saya rekod video itu semasa berada di AS. Apa-apa yang tidak diingini boleh berlaku dengan sekelip mata. Mungkin sebab saya memakai hijab yang menutup dari atas sampai bawah dan kening tebal, mungkin mereka ingat saya orang Arab,” jelasnya.

Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, bagaimanapun bersyukur kerana tiada apa-apa berlaku terhadap dirinya dan dia mengakui tidak sabar pulang semula ke Malaysia.

“Saya sepatutnya pergi New York selepas Los Angeles, tetapi saya memutuskan untuk memendekkan perjalanan. Jadi, saya batalkan perjalanan ke New York.

“Entahlah, ada rasa tidak sedap mengenai New York. Hati kecil saya kata jangan pergi. Jadi, saya menukar tiket penerbangan di saat akhir,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Melalui perkongsian sama, Uyaina meluahkan perasaan susulan menerima banyak kecaman apabila terpaksa berada di negara barat berkenaan atas urusan kerja.

Jelasnya, keadaan itu memaksanya tidak memuat naik apa-apa hantaran berkaitan Palestin atau mengenai tugasan kerjanya, sekalipun sudah berada di sana lebih dua minggu selepas Cappadocia, Turkiye.

“Kenapa? Pertama, kerana saya agak bimbang mengenai keselamatan saya, AS dan Islamofobia. Saya mempunyai ketakutan itu kerana mudah mengenalpasti saya sebagai Muslim melalui hijab saya.

“Kedua, saya tahu ramai orang akan ‘belasah’ kerana pergi ke AS yang juga sekutu dengan Israel.

“Saya cuma nak tanya kamu satu perkara. Korang semua berhenti kerja tak? Korang tak kerja ke sekarang kerana lantang bersuara mengenai Palestin?” soalnya.

Mengulas lanjut, pengacara rancangan Wanita Hari Ini berkenaan berkata, dia banyak bekerjasama dengan beberapa jenama dan tugasnya adalah memuat naik hantaran di media sosial.

“Anda tidak tahu berapa banyak jenama saya tolak hanya kerana mereka menyokong Israel.

“Ada saya sudah ‘shoot’. Tinggal nak muat naik sahaja, tetapi saya tarik diri. Saya menanggung kerugian sendiri. Tidak apa…,” katanya. – 10 November, 2023

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related