HEADLINES

Mick Jagger dedah rahsia logo ikonik Rolling Stones ada kaitan dengan India

Dalam lawatan keduanya ke Kolkata, vokalis itu juga dapat melihat kemeriahan perayaan Diwali

3:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Vokalis dan pengasas The Rolling Stones, Mick Jagger mendedahkan sesuatu yang memeranjatkan mengenai idea di sebalik rekaan logo kumpulan rock dari Britain itu sewaktu berada di Kolkata, India, baru-baru ini.

Menurutnya, rekaan logo kumpulan muziknya itu ada kaitan dengan India dan juga Dewi Kali.

“Adik saya, Chris (Chris Jagger juga seorang pemuzik) antara pengembara terawal di India. Dia membawa pulang beberapa buku untuk saya baca.

“Pada 1969, saya sedang mencari imej logo The Rolling Stones yang mampu menarik perhatian ramai. Ketika itulah saya terjumpa lidah Dewi Kali tanpa badan.

“Saya fikir, ia mampu mencetuskan inspirasi dan saya meminta pereka, John Pasche untuk mencipta logo The Rolling Stones berdasarkan penemuan itu. John kemudian memberikan sentuhan moden kepada logo itu,” katanya.

Pendedahan itu dibuat sewaktu dia diwawancara pihak media di sana selepas menjejakkan kaki semula ke Kolkata sejak 12 tahun.

Mick juga tidak menyangka dapat melihat sendiri Dewi Kali dalam lawatan kali keduanya ke Kolkata.

“Ia suatu kebetulan. Saya tidak sangka dapat melihatnya dalam lawatan kali ini. Beberapa rakan mencadangkan saya untuk pergi ke beberapa tempat.

“Saya tidak pernah ke India semasa Diwali. Banyak bunga api dan bunyinya cukup kuat tetapi cahayanya sungguh menakjubkan. Ia mempunyai kombinasi moden dan gaya lama yang cukup menarik,” katanya.

Menyentuh mengenai Kolkata, Mick berkata, dia menghabiskan masa selama seminggu dalam lawatan pertama 12 tahun yang lalu.

“Populasi Kolkata sekarang bertambah teruk berbanding dahulu. Tapi, setiap bandar juga berdepan perkara sama. Saya tidak mahu negatif. Tetapi, secara visual, Kolkata kini lebih membangun,” katanya.

Ditanya bagaimana dia berdepan dengan pertambahan usia, Mick berkata, dia menghasilkan album yang tidak kedengaran dan menunjukkan usia 80 tahun. – 17 November, 2023

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

Related