HEADLINES

Aedy Ashraf cabar diri ‘terjun’ bangunan 13 tingkat 20 kali demi WOT:KLA

Dalam filem arahan Kroll Azry dan Frank See itu, Aedy memegang watak sebagai polis dan juga bapa

7:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun gayat dengan ketinggian, Aedy Ashraf, 30, mengakui dia terpaksa melawan perasaan takut dan mencabar diri untuk terjun dari bangunan 13 tingkat demi menjayakan penggambaran filem aksi kepolisan, War on Terror: KL Anarki (WOT:KLA).

Bahkan, Aedy juga berbangga kerana melakukan semua aksi lagak ngeri dalam filem arahan Kroll Azry dan Frank See itu, biarpun kali pertama membintangi filem bergenre aksi.

“Saya bukan pelakon hero atau pelakon filem aksi dan saya tidak pernah letak label itu pada diri saya. Saya cuma mahu jadi versatil.

“Bila baca skrip, saya rasa boleh buat babak aksi. Walaupun pada awalnya, pengarah ada memberitahu untuk pakai pelakon lagak ngeri, tapi memang saya mahu buat sendiri.

“Saya mahu cabar diri untuk melakukannya. Saya rasa kalau saya tak buat sekarang, saya akan terlepas peluang ini,” katanya.

Menurut Aedy, disebabkan takut dengan ketinggian, dia langsung tidak menoleh ke bawah sewaktu menjayakan babak terjun dari bangunan.

“Sebab saya tahu, kalau saya tengok ke bawah, saya akan rasa takut. Jadi sepanjang proses shooting (penggambaran), saya tak tengoh bawah langsung. Bila habis shooting dan tengok ke bawah, baru saya sedar betapa tingginya saya terjun.

“Bagi mengelakkan kecederaan ketika melakukan aksi lagak ngeri, saya melakukan latihan rigging dengan bantuan pasukan stunt dan pengarah.

“Pasukan stunt dalam produksi filem ini sangat profesional, dikenali dan mempunyai banyak peralatan dan WOT:KLA juga bukan filem pertama mereka,” katanya.

Aedy Ashraf akan memegang watak sebagai polis dan juga bapa dalam filem War on Terror: KL Anarki (WOT:KLA) – Gambar Instagram Aedy Ashraf, 17 November, 2023

Jelasnya, dia juga melakukan terjunan sebanyak 20 kali semata-mata untuk menjayakan babak tersebut.

“Bukan itu sahaja, saya perlu jayakan babak ‘tergantung’ di tengah-tengah bangunan selama hampir dua hingga tiga jam. Alhamdulillah, semuanya okay,” katanya.

Tambah Aedy, dia bersyukur kerana hasrat untuk membintangi filem bergenre aksi sudah tercapai dan berharap ada tawaran lain menyusul selepas ini.

“WOT: KLA adalah filem aksi pertama saya dan pertama kali juga saya pegang watak sebagai polis. Saya banyak memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pengarah, Kyrol Hamzah.

“Memang sudah ada filem bergenre aksi kepolisian sebelum ini, saya juga banyak berbincang dengan Kyrol untuk mencipta kelainan kepada watak polis yang saya bawakan.

“Saya cabar diri saya bukan sahaja dari sudut menjayakan babak aksi tetapi juga dari sudut lakonan kerana saya juga memegang watak sebagai bapa,” katanya.

Pada masa sama, Aedy berkata, dia tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi untuk filem itu, namun berharap penonton dapat menerima karakter dan mesej yang disampaikan.

“Apa sahaja komen yang diberikan, saya akan ambil dan terima dengan hati yang terbuka sebab saya masih lagi baharu dalam industri perfileman.

“Sebab itu saya perlukan komen dan teguran yang membina. Saya akan berterima kasih dengan semua teguran dan juga pujian,” katanya.

WOT: KLA turut dibintangi Farali Khan, Adlin Aman Ramlie, Daiyan Trisha, Qi Razali, Noki K-Clique, Naque Ariffin, Kahoe Hon, Sasidaran Subramaniam, Samarinna Tolhip, Daniel Gan, Laura Olivia dan Wan Hanafi Su.

Filem terbitan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media itu akan mula ditayangkan di pawagam pada 23 November ini. – 17 November, 2023

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related