◉ HEADLINES

Wajah semakin runcing, Nadeera Zaini nafi ‘buat’ muka

Menurut Nadeera, bentuk wajahnya berubah kerana berat badan menurun sejak mengamalkan diet sihat

4:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Nadeera Zaini menafikan dakwaan dia melakukan sesuatu pada wajahnya yang kini kelihatan semakin runcing.

Menurut Nadeera atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini, 30, perubahan pada wajahnya itu disebabkan penurunan berat badan.

“Mana ada saya buat sesuatu pada muka saya. Mungkin faktor penurunan berat badan yang mengubah sedikit bentuk muka saya. Dah runcing sikit, walaupun tak banyak.

“Badan saya sudah banyak turun. Tetapi muka masih lagi kelihatan tembam,” katanya ketika ditemui di Konsert Patah Hati 2.0.

Nadeera atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini mengakui walau semakin langsing namun wajahnya masih tidak banyak berbeza. – Gambar Instagram, 24 November, 2023

Kongsi juara Big Stage 2023 itu lagi, dia sedang mengamalkan diet sihat demi menjaga penampilannya sebagai seorang penyanyi.

“Dulu orang selalu kata saya gemuk dan tak cantik. Bila saya dah kurus sekarang ini apa salahnya kan?

“Dalam masa sebulan lebih saya berjaya turunkan berat badan hampir tujuh kilogram,” katanya.

Pada malam konsert itu juga, Nadeera gagal menahan sebak di atas pentas kerana menerima sorakan gemuruh daripada penonton serta penampilannya dipuji ramai.

“Memang saya sedikit emosional kerana terharu dengan pujian diberikan penonton di bawah pentas.

“Sebelum ini saya lebih banyak dikecam mengenai rupa paras. Bila ramai memberikan semangat di konsert ini, saya rasa bersyukur dan gembira,” katanya.

Selain Nadeera, konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu turut disertai Ernie Zakri, Syamel, Naim Daniel, Ismail Izzani, Aisha Retno dan Neeta.

Kira-kira 1,500 penonton hadir dalam konsert yang berlangsung selama lebih tiga jam itu. – 24 November, 2023

Topics

 

◉ Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related