Syakir ambil risiko pegang 3 peranan dalam Imam Tanpa Makmum

Filem bertemakan perkahwinan di usia muda itu akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 30 November ini

3:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah filem Indonesia, Syakir Daulay mengakui, dia mengambil risiko besar apabila memegang peranan sebagai penerbit, pengarah dan pelakon dalam karya sulungnya, Imam Tanpa Makmum.

Bahkan, pengarah muda berasal dari Acheh berusia 21 tahun itu juga memberitahu, ramai meragui kebolehannya, sehingga ada cuba menghalangnya meneruskan projek filem tersebut.

Begitupun Syakir percaya, dia mampu berdepan cabaran dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab besar itu, demi merealisasikan Imam Tanpa Makmum.

“Ya, memang bukan mudah pegang tiga posisi serentak dalam satu karya. Sebagai penerbit saya harus memastikan kru dan pelakon semua berada dalam keadaan baik serta di kerusi pengarah, saya perlu pastikan penggambaran berjalan seperti dijadualkan.

“Sementara di posisi pelakon, saya perlu lontarkan nilai seni dan lakonan dengan baik. Selepas merasai cabarannya, cukuplah dalam karya ini sahaja saya pegang begitu banyak tanggungjawab.

“Memang karya ini dibikin untuk saya belajar. Pada masa depan rasanya lebih selesa untuk berada di kerusi pengarah dalam karya dihasilkan sendiri.

“Jika karya orang lain, saya lebih suka menjadi pelakon sahaja. Saya cuba menjadi seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Saya mahu jadi anak seni serba boleh seperti beliau,” ujar Syakir yang memegang watak sebagai Imam.

Syakir Daulay bergandingan dengan Rayisa Nayla Salwa dalam Imam Tanpa Makmum – Gambar Onprima Studio, 26 November, 2023

Sementara itu, pelakon Rayisa Nayla Salwa yang pertama kali berlakon filem sebagai Zahra berharap, lakonannya dapat diterima dengan baik.

“Sebelum ini saya seorang model iklan dan pempengaruh media sosial, ini adalah percubaaan pertama dalam lakonan.

“Saya bersetuju berlakon kerana Syakir sahabat saya. Andai selepas ini ada lagi peluang lakonan saya akan pertimbangkan,” kongsinya.

Imam Tanpa Makmum adalah filem romantik komedi terbitan produksi Indonesia, Syakir Pictures dengan kerjasama Onprima Studio.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Onprima Studio, Mohd Shahir Sulaiman, pihaknya memilih menjalinkan kerjasama terbabit kerana melihat Syakir Pictures memiliki misi dan visi yang sama dengan pihaknya, iaitu ingin memartabatkan karya Nusantara ke peringkat lebih tinggi.

“Pihak kami amat berbesar hati dapat bersama-sama dengan Syakir Pictures menerusi karya disifatkan agak berbeza daripada kebanyakan filem seberang, apatah lagi ia diarahkan anak muda yang saya lihat mempunyai masa depan cukup cerah,” ujar Mohd Shahir.

Mengangkat tema mengenai pernikahan muda, Imam Tanpa Makmum arahan Syakir ini menelan kos RM1.4 juta dan ditayangkan di Indonesia pada 19 Oktober lalu.

Selain Syakir dan Rayisa Nayla Salwa, filem itu yang dibintangi Vonny Felicia, Cut Mini Theo, Lukman Sardi serta Arif Brata akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 30 November ini. – 26 November, 2023

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related