Desakan batal konsert luar beri tempias kepada Wings tapi Awie lega tiket terjual 80 peratus

Wings dalam persiapan menjayakan konsert Wings: The Rock Emperor, Kuala Lumpur Chapter di Stadium Malawati, Shah Alam pada 16 Disember ini

2:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Vokalis Wings, Datuk Awie mengakui kumpulan muziknya turut terkena tempias disebabkan tindakan pihak tertentu yang mendesak agar konsert artis antrabangsa dibatalkan.

Menurut Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 55, desakan itu menyebabkan ada segelintir peminat serba-salah untuk membeli tiket dan menyaksikan konsert mereka.

“Tapi Alhamdulillah, tiket konsert kami kini sudah terjual sebanyak 80 peratus. Hanya tinggal 20 peratus sahaja untuk dibeli peminat.

“Saya berharap orang ramai akan memahami bahawa ini kerja yang perlu kami teruskan. Ini adalah perang kami, jihad kami kepada keluarga yang perlu kami isikan dengan makanan dan kasih sayang.

“Kami tidak ada kerja lain. Kerja kami adalah main muzik dan menyanyi. Jadi, kami tidak boleh tunda atau hentikan konsert kami. Kehidupan perlu diteruskan,” katanya kepada Scoop sewaktu ditemui di majlis taklimat dan doa selamat Konsert Wings: The Rock Emperor, Kuala Lumpur Chapter di sini, semalam.

Awie dan kumpulan muziknya kini dalam persiapan menjayakan Konsert Wings: The Rock Emperor, Kuala Lumpur Chapter yang dijadual berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 16 Disember ini.

Kata Awie lagi, walau apapun, jiwa mereka tetap bersama rakyat Palestin dan mereka juga akan mempersembahkan sebuah lagu untuk penduduk Gaza pada malam konsert itu nanti.

Datuk Awie mengakui dia dan Wings turut terkena tempias apabila beberapa pihak memainkan isu konsert luar dengan mendesak agar konsert mereka dibatalkan, namun pada masa yang sama tiket sudah terjual sebanyak 80 peratus – Gambar Scoop, 28 November, 2023

“Lagu itu pernah dipopularkan seseorang dan kami ingin menyanyikannya semula. Kalau mahu cipta lagu baru, memang sudah tiada masa.

“Tapi, saya sendiri ada dua lagu Gaza yang belum saya keluarkan secara rasmi. Satu lagu saya dah keluarkan di internet dan satu lagi belum. Tapi, dua lagu itu biar saya simpan dulu.

“Yang penting, Wings akan menyampaikan sebuah lagu tribute untuk Palestin dan juga membacakan doa di atas pentas untuk mereka di sana,” katanya.

Dalam konsert yang berkonsepkan teaterikal Rock Emperor itu nanti, Awie berkata, mereka akan turut menyampaikan beberapa lagu daripada kumpulan rock legenda antarabangsa seperti Scorpions, Loudness, Deep Purple dan Cinderella.

“38 tahun lalu, kita pernah mainkan lagu-lagu mereka dan pada 16 Disember nanti, kita akan kembali menyanyikan lagu daripada kumpulan muzik legenda ini serta mengimbas kenangan silam dan nostalgia lama.

“Kita juga akan mengetengahkan sebuah kumpulan muzik sebagai pembuka tirai konsert. Kumpulan muzik ini juga adalah sebuah nama besar.

“Tapi, mereka akan beraksi lebih kurang 30 hingga 40 minit. Lebih kurang enam lagu yang akan mereka sampaikan nanti,” katanya.

Sementara itu, Awie menjelaskan, konsert mereka itu akan ‘menjual’ konsep dan kerana itulah ia menggunakan nama Rock Emperor, sama seperti di Singapura.

“Dalam konsert di Singapura, kami menggunakan LED dengan menampilkan istana lama era Viking serta chandelier dan kerusi yang ditempah sendiri.

“Nampak best dan berbeza yang Wings baru cuba nak buat. Kita tidak mahu lagi Plug and Play. Itu zaman fun fair. Kita dah lalui zaman itu.

“Sekarang ini, kita nak cetuskan kesedaran kepada penonton mengenai konsert yang mempunyai persembahan berkonsep.

“Untuk konsert Stadium Malawati nanti, konsep dan penceritaan lebih kurang sama, tetapi kita akan cuba cetuskan sesuatu yang baharu melalui cara kita mempersembahkannya,” katanya. – 28 November, 2023

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related