HEADLINES

Elizabeth Tan belum ada rezeki hamil, mahu kembali aktif menyanyi tahun depan

Penyanyi itu pernah mendedahkan sedang berusaha untuk menjadi ibu tahun ini

5:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan mengakui masih belum hamil selepas lebih dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Dr Siew Jim.

Elizabeth atau nama sebenarnya, Tan Su Mei, 30, sebelum ini pernah mendedahkan dia mahu berusaha menjadi seorang ibu tahun ini.

Bagaimanapun pelantun lagu Polis Entry itu berkata, dia masih belum ada rezeki untuk hamil.

“Saya belum lagi hamil, kami mungkin akan mencuba tak lama lagi. Jadi kalau dapat, dapatlah.

“Tapi buat masa ini saya tidaklah mencuba sangat dan pada masa sama tidak menolak rezeki,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama W: Two Worlds.

Bercerita mengenai kerjaya seni, Elizabeth berkata, dia akan kembali aktif menyanyi selepas berehat seketika kerana mempunyai masalah keresahan atau ‘anxiety’.

Dia turut mengakui terpaksa mengambil ubat untuk mengatasi masalah dihadapinya itu.

Elizabeth Tan akan kembali aktif menyanyi selepas berehat seketika kerana mempunyai masalah anxiety’ – Gambar Instagram Elizabeth Tan, 28 November, 2023

“Beberapa tahun ini saya fokus pada lakonan dan tahun hadapan memang saya mahu fokus mengeluarkan lagu. Setakat ini sudah ada tiga single, dua Bahasa Melayu dan satu Bahasa Inggeris. Saya akan keluarkan pada Januari, April dan Julai. Itu perancangannya setakat ini.

“Sebenarnya saya ambil tempoh berehat dari nyanyian sebab saya ada ‘anxiety’ bila buat persembahan di atas pentas. Saya tertekan sebab saya kena menyanyi dengan baik, tak boleh sumbang langsung dan saya tetap gagal sebab itu saya rasa kecewa.

“Jadi saya rasa empat sehingga lima tahun saya tak ambil mana-mana ‘show’. Saya ada berjumpa pakar psikiatri kerana ia sangat teruk. Jadi selepas berehat, saya akan kembali menyanyi dan harap masih ada orang nak tengok saya menyanyi,” katanya.

Elizabeth berkata, banyak yang dipelajarinya sepanjang tempoh berkenaan dan berharap dia boleh kembali menghiburkan peminatnya.

“Saya rasa saya banyak letak tekanan pada diri sendiri jadi saya perlu relaks dan jangan terlalu serius pada diri sendiri.

“Saya nak menyanyi sebab nak kembali berhubung dengan peminat dan menyanyi adalah platform bagus untuk saya berjumpa ramai orang. Saya hanya mahu berseronok di atas pentas,” katanya.

Bagi yang merindui lakonan Elizabeth, dia bakal muncul dalam drama bersiri adaptasi dari Korea Selatan, W: Two Worlds arahan Datuk Yusry Abdul Halim yang akan disiarkan di platform penstriman Viu Malaysia bermula 30 November 2023. – 28 November, 2023

Topics

 

Popular

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related