Bengang kontrak Kaka Azraff akan ditamatkan, netizen serang IG Warner Music Malaysia

Sehingga kini, pihak Warner Music Malaysia masih belum memberikan sebarang komen berhubung desas-desus tersebut

3:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Desas-desus kononnya Warner Music Malaysia bakal menamatkan kontrak rakaman dengan Kaka Azraff kerana kelantangannya bersuara mengenai kekejaman Zionis di Palestin mengundang kemarahan netizen.

Bukan itu sahaja, netizen juga menyerang akaun rasmi Instagram, Warner Music Malaysia beramai-ramai dengan memberi amaran akan memboikot syarikat rakaman tersebut berserta produk muzik serta artis naungan mereka.

Tidak kurang juga ada netizen meminta syarikat rakaman tersebut supaya menamatkan operasi mereka dan segera keluar dari Malaysia kerana dilihat secara terang-terangan menyokong Israel.

Sokongan itu dinyatakan syarikat induk, Warner Music Group yang berpangkalan di New York, menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Instagram mereka pada 13 Oktober lalu.

Syarikat itu turut melabelkan Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Namun, netizen hanya menumpukan serangan terhadap akaun Warner Music Malaysia dan bukannya akaun syarikat induk, Warner Music.

Serangan netizen itu dilakukan di lebih 10 hantaran terkini yang dimuatnaik syarikat rakaman tersebut dengan memberikan komen-komen pedas dan panas.

“Keadilan untuk Kaka Azraff. Memalukan!! Hiduplah korang jadi macam Yahudi Amerika,” kata @nazmipicasso

“Warner Music Malaysia sila keluarkan pejabat anda dari Malaysia. Sila berambus,” kata @mup11estagram

“Tak tengok ke apa jadi dengan McD dan semua syarikat yang menyokong Israel? Anda mahu jadi seperti mereka sangat huh? Membatalkan kontrak Kaka bermakna perang di antara rakyat Malaysia dengan anda!” kata @Haidi_ Syafiza.

“Memalukan. Tamatkan kontrak seseorang hanya kerana dia sokong Palestin?” kata @_leeyanaameer.

“#WeStandWithKaka Kau orang tak protect artis sendiri. Takut semua! Tak bagi artis bersuara! Kita akan berjuang demi Kaka,” kata @ayie108.

“Warner Music terang-terang menyokong Isarel dengan buang Kaka Azraff. Mohon keluarkan dari Malaysia/ban (diharamkan) terus,” kata @Zacharyzafrie.

Sehingga kini, pihak Warner Music Malaysia masih belum memberikan sebarang komen berhubung desas-desus pembatalan kontrak Kaka Azraff.

Kontrak Kaka bersama syarikat rakaman Warner Music Malaysia dikatakan bakal ditamatkan susulan kelantangannya bersuara mengenai isu Palestin.

Sebelum ini, nama Kaka menjadi bualan hangat selepas dia disenaraikan oleh sebuah laman sosial Jew Hate Database sebagai artis pro Palestin.

Perkara itu bermula susulan tindakan berani Kaka meninggalkan komen mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic, beberapa minggu lalu. – 4 Disember, 2023

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related