Jadikan showcase album jelajah tempat latihan, Amir Masdi bakal bikin konsert skala besar tahun depan

Amir juga mengakui showcase jelajah yang dijayakannya itu banyak memberikan impak dari sudut penjualan album fizikalnya

11:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas menjayakan beberapa showcase di beberapa lokasi termasuk di Kuala Lumpur sepanjang tahun ini, penyanyi rock muda, Amir Masdi mengakui, dia kini sudah lebih yakin dan bersedia untuk menjayakan sebuah konsert berskala besar.

Menurut Amir, dia menjadikan showcase Amir Masdi Album Tour itu sebagai platform membina keyakinan diri serta mempelajari dan memperbaiki kelemahan diri sewaktu beraksi di atas pentas.

“Di pentas ini, saya dapat mengukur baju di badan sendiri. Berapa jauh saya boleh pergi, persediaan macam mana yang saya perlu buat jika saya nak membuat persembahan lebih daripada 15 lagu.

“Daripada post-mortem yang kita lakukan dalam beberapa showcase album jelajah terdahulu, kelemahan yang dapat kita kesan adalah dari sudut susunan lagu dan pemilihan lagu.

“Satu lagi perkara adalah memperbaiki cara saya berinteraksi dengan peminat. Sebagai artis, saya kena lebih relaks dan juga kena berinteraksi dengan peminat dengan cara yang lebih santai dan natural.

“Sebab, saya pemalu sebetulnya. Sebelum ini, saya tidak pernah buat showcase secara sendirian dan selalunya akan ada pengacara yang akan umumkan nama dan berapa lagu yang saya akan persembahkan dan saya pula akan terus berdiri di pentas dan menyanyi sahaja.

“Tapi, ini adalah showcase album jelajah saya sendiri. Jadi, sayalah yang kena mengawal pentas dan kena tangani segalanya.

“Sebab itu, saya katakan bahawa showcase ini adalah tempat latihan saya dan saya tidak kisah jika ada buat kesilapan kerana dari situ saya akan mempelajari segala kelemahan dan kesilapan,” katanya kepada Scoop.

Selain Kuala Lumpur, Amir Masdi telah menjayakan showcase di Melaka dan Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar Ellyna Ali/Scoop, 11 Disember, 2023

Amir juga mengakui showcase jelajahnya itu banyak memberikan impak dari sudut penjualan album fizikalnya.

“Disebabkan showcase jelajah ini, banyak album fizikal saya yang terjual yang dibeli secara terus. Ia membuatkan mereka teruja untuk membeli, layan lagu dan kemudian datang ke showcase jelajah dan kemudian enjoy dan menyanyikan lagu-lagu saya bersama-sama.

“Sebenarnya zaman sekarang memang susah nak keluarkan album fizikal. Sebab, ada platform yang lebih ekspresif untuk peminat mendengar. Tapi bagi saya, saya percaya dengan saya punya kelompok peminat dan saya percaya masih ada orang yang meminati album fizikal. Dan, ada pengumpul yang rindukan album secara fizikal.

“Saya juga mahu berikan kepuasan kepada diri saya juga. Sebagai artis, untuk album pertama, memang saya impikan untuk mempunyai album fizikal. Sebab, ia akan menjadi nilai sentimental buat saya dan peminat saya.

“Untuk album yang seterusnya, saya dan pasukan sudah berbincang, selepa ini kita akan rancang lebih baik supaya ia dapat memberi impak yang lebih besar menerusi penjualan album fizikal,” katanya ketika ditemui selepas berakhirnya showcase Amir Masdi Album Tour di Tropical Klup di Changkat Bukit Bintang, petang Sabtu.

Amir juga memaklumkan bahawa jika tiada halangan, dia merancang untuk mengadakan konsert solonya pada tahun depan.

Pada acara showcase Amir Masdi Album Tour itu, Amir mempersembahkan 21 lagu terdiri daripada rangkaian lagu-lagunya serta lagu-lagu cover version daripada beberapa era di hadapan 300 peminat setianya.

Selain Kuala Lumpur, Amir Masdi telah menjayakan showcase album jelajahnya itu di Melaka dan Kota Kinabalu, Sabah. – 11 Disember, 2023

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related