Ziana Zain kembali adakan konsert solo selepas 23 tahun, ubati rindu peminat setia

Harga tiket bermula daripada RM288 (Gold), RM488 (Platinum), RM688 (Diamond), RM888 (VIP2) dan RM1088 (VIP1)

7:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas lebih dua dekad, penyanyi bersuara hebat, Ziana Zain akan kembali ‘beraksi’ dalam konsert solonya yang bakal berlangsung tahun hadapan.

Konsert diberi nama Ziana Zain Konsert 2024 itu,dianjurkan adiknya sendiri, Anuar Zain menerusi syarikat Anuar Zain Network Sdn Bhd dan mendapat tajaan utama daripada CSA Academy.

Kali terakhir Ziana mengadakan konsert solo adalah menerusi Ziana Zain In The Park yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 2001.

Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain, 55, berkata, sudah lama dia ingin mengadakan konsert solo, namun mencari waktu tepat untuk merealisasikan impian itu.

“Ramai peminat saya malah rakan media sendiri sering bertanya bila saya nak buat konsert solo? Mereka rindu melihat saya beraksi di pentas.

“Selepas saya buat konsert bersama Anuar tahun lepas, saya rasa seronok pula.

“Tahun ini saya lihat ramai penyanyi buat konsert. Tambahan tahun ini saya keluar dengan lagu baru, berjudul Waktu duet bersama Hasif Upin dan bakal bertanding di separuh akhir Muzik-Muzik. Jadi tahun depan adalah waktu yang tepat adakan konsert,” katanya pada sidang media konsert itu.

Kongsi Ziana, dia ada menerima beberapa tawaran daripada pihak lain untuk menganjurkan konsert solonya.

“Tetapi saya sentiasa percaya dengan prinsip siapa cepat dia dapat. Ayah saya juga selalu berpesan, supaya menjaga amanah dengan baik.

“Tawaran dari Anuar hadir dahulu. Kemudian baru ada pihak lain melamar, tetapi saya terpaksa menolak,” jelasnya.

Ziana Zain Konsert 2024 akan diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei, 2024. – Gambar Instagram Ziana Zain, 13 Disember, 2023

Sementara itu, selaku penganjur Anuar berkata, dia bersama pengurusan syarikatnya sudah lama menyimpan Impian untuk menganjurkan konsert artis lain dan Ziana adalah penyanyi pertama mereka.

“Selepas kami buat konsert solo saya, saya rasa kami sebenarnya mampu lakukan perkara ini.

“Dan sudah tentu, projek pertama kami mestilah kena ambil Ziana Zain. Tak ada orang lain.

“Selepas itu kami usulkan perkara ini kepada Jennifer Thompson dan dia kata ‘let’s do this’,” katanya.

Mengulas lanjut, Ziana berkata, konsert bakal berlangsung pada 25 Mei 2024 itu akan diadakan di Mega Star Arena Kuala Lumpur.

“Lokasi berkenaan dipilih kerana tempat lain sudah penuh. Kami cuba dapatkan Axiata Arena tetapi tiada tarikh kosong. Stadium Melawati pula akan diubah suai pada Mac.

“Pada saya lokasi konsert itu bukanlah masalah besar. Yang penting persembahan saya nanti menjadi momen terbaik untuk peminat,” ujarnya.

Memilih Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik, kata Ziana, ini adalah kali pertama mereka bekerjasama.

“Saya lihat dia seorang pengarah muzik yang sangat bagus. Dan ternyata dia tahu bagaimana untuk menyusun muzik dan nada sesuai dengan range suara saya.

“Sangat penting untuk ada pengarah muzik yang bagus bila kita lakukan konsert. Mereka yang tahu di mana kita perlu nyanyi nada tinggi dan sebagainya. Saya ada banyak lagu dan kebanyakannya bernada tinggi,” kongsinya.

Selain lagu dan persembahan, Ziana akui dia mementingkan penampilannya dan akan bekerjasama dengan penata gaya terkenal, Abu Shaef Hamza untuk konsertnya nanti.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket, mereka boleh melayari laman sesawang www.ticket2u.com.my/ZianaZain bermula 15 Disember ini.

Harga tiket bermula daripada RM288 (Gold), RM488 (Platinum), RM688 (Diamond), RM888 (VIP2) dan RM1088 (VIP1). – 13 Disember 2023

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related