HEADLINES

Selepas hampir setahun ambil masa pulihkan suara, Siti Nurhaliza dijangkiti Covid-19 lagi, ‘kali ini lebih teruk’

Begitupun katanya, selepas segera mendapatkan vitamin C dan antibiotik, beliau hanya mengambil masa tiga hari untuk kuarantin

8:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan dia dijangkiti Covid-19 buat kali kedua, baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia kini sudah pulih selepas menjalani kuarantin tiga hari.

“Waktu tahu positif hari itu, saya cepat-cepat ambil vitamin C, antibiotik dan sebagainya. Sebab itu saya cuma kuarantin dalam tiga hari sahaja.

“Alhamdulillah, sekarang ini dah okay cuma ada batuk sikit-sikit sahaja,” katanya pada majlis Ukhuwah dan Apresiasi serta Pelancaran Kempen Jihad Yayasan Nurjiwa.

Kongsinya, jangkitan kali kedua ini benar-benar mencabar dan menyakitkan, berbanding ketika mengalaminya sebelum ini.

“Bohonglah kalau saya kata tak risau, sebab suara saya digunakan sebagai aset. Memang batuk berkahak adalah sesuatu yang sangat mengganggu.

“Berbeza dengan jangkitan kali pertama di mana tak ada demam dan tak sakit badan, kali ini saya alami sakit badan yang sangat sakit, demam dan kemudian rasa panas-panas.

“Harap-harap, apa yang berlaku ini tak mengganggu peti suara saya,” ujarnya.

Siti Nurhaliza bersyukur kerana dapat mengembalikan suaranya ke asal, selain merasa ‘lebih ringan’ dan boleh kembali menyanyikan lagu lamanya. – Helmi Anuar/Scoop, 13 Disember, 2023

Siti juga mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berjaga-jaga memandangkan kes jangkitan baharu Covid-19 semakin meningkat semula.

“Dalam keadaan sekarang yang menyaksikan Covid-19 meningkat semula, semua orang kena sentiasa berjaga-jaga. Kalau tak sihat, cepat-cepat buat pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan suaranya kini, Siti berkata, dia bersyukur kerana dapat mengembalikannya ke asal, selain merasa ‘lebih ringan’ dan boleh kembali menyanyikan lagu lamanya.

“Syukur sangat sebab dah makin baik. Maknanya, bila saya nyanyikan lagu-lagu lama, bunyi suara saya ada rasa ringan sedikit.

“Kalau tak, rasa berat, kasar dan nafas tak cukup. Ini proses yang sangat lama dan hampir setahun juga untuk saya kembali dapatkan suara ringan seperti ini,” kongsinya.

Terdahulu, Siti pernah dijangkiti Covid-19 pada pada 2022 sehingga menyebabkan masalah pada peti suaranya. – 13 Disember 2023

Topics

 

Popular

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related