HEADLINES

Rancang untuk ke Gaza tahun depan, netizen persoal Fathia Latiff yang dikatakan baru membeli barang ada kaitan dengan Israel

Netizen juga meminta agar dia belajar berjihad untuk tidak melakukan apa-apa perubahan pada wajahnya sebelum berjihad di bumi Palestin

8:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Fathia Latiff merancang untuk terbang ke Gaza tahun hadapan.

Perkara itu dikongsikan Fathia atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff, 35, menerusi hantaran di Instagram.

“Terbang ke Gaza tahun hadapan. Doakan saya Syahid. Amin,” tulisnya.

Sementara itu di bahagian komen, ramai netizen yang mengaminkan doa Fathia itu dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Namun ada juga netizen yang mempertikaikan niatnya ke Gaza.

“Jihad dengan diri sendiri pun tak ‘settle’ lagi. Ubah kejadian tuhan dekat muka tu. Ada hati nak pergi jihad di Palestin?,” tulis salah seorang pengguna Instagram.

Ada juga yang mempersoalkan tindakannya yang dikatakan baru membeli barangan berkaitan Israel.

“Pergi Gaza buat apa? Bukan hari itu Kak Ya (Fathia) baru lepas beli barangan yang sokong Israel ke?,” komen seorang lagi netizen.

Antara komen yang ditinggalkan netizen di Instagram Fathia Latiff selepas pelakon itu menyatakan hasrat untuk terbang ke Gaza tahun hadapan. – Gambar Instagram Fatiya Latiff, 14 Disember, 2023

Terdahulu, Fathia telah berkongsi fotonya yang baru selesai membeli belah sempena pra krismas.

Dalam foto berkenaan, Fathia telah menayang dua beg beli belah dari jenama antarabangsa dan menghirup kopi dari jenama yang dikatakan memberi sokongan kepada Israel. – 14 Disember, 2023

Topics

 

Popular

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Related