HEADLINES

Nabila sebak layak ke pentas final AJL38, akui trauma pernah dikecam

Menurutnya, ini kali pertama dia beraksi di pusingan separuh akhir Muzik Muzik

8:21 PM MYT

 

SHAH ALAM – Penyanyi popular, Nabila Razali gagal menahan sebak apabila dirinya layak ke pentas final Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) menerusi lagu Selagi Ku Ada duet bersama Khai Bahar.

Menurut Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, lebih membuatkannya sebak apabila ini kali pertama dia beraksi di separuh akhir Muzik-Muzik.

“Biarpun sebelum ini saya pernah ke pentas AJL menerusi lagu Peluang Kedua, tetapi sewaktu pusingan separuh akhir, lagu itu dinyanyikan oleh penciptanya iaitu Hael Husaini.

“Jadi hari ini bila saya sendiri yang menyanyikan lagu Selagi Kau Ada, dapat pula ke AJL semestinya saya rasa sangat gembira, bersyukur dan terharu. Sukar sebenarnya saya nak gambarkan perasaan saya.

“Sebenarnya, saya tidak letakkan harapan tinggi, sekadar ingin lakukan persembahan baik sahaja. Tetapi Alhamdulillah apabila terpilih ke AJL. Saya rasa ini adalah hasil berkat doa semua orang,” katanya.

Komposer lagu Selagi Ku Ada nyanyian duet Nabila Razali dan Khai Bahar, iaitu Amylea Azizan mengakui cukup berpuas hati dengan persembahan mereka. – 18 Disember, 2023

Pada masa sama, Nbila turut mengakui dia masih trauma apabila persembahannya di pentas AJL sebelum ini dikecam ramai.

“Tipulah kalau saya cakap saya tak trauma dengan kejadian lalu. Tetapi saya akan cuba letakkan perkara itu ke tepi dan fokus kepada lagu Selagi Ku Ada. Apa yang dah berlaku dulu, biarlah berlalu,” katanya.

Mengenai persembahan di pentas separuh akhir yang mendapat pujian ramai, Nabila berkata, dia berterima kasih kepada guru vokalnya iaitu Shafiq Erwin dan juga pasangan duetnya, Khai Bahar.

Sementara itu, bagi pencipta lagu Selagi Ku Ada iaitu Amylea Azizan, dia berpuas hati dengan persembahan Nabila dan Khai.

“Saya sangat gembira kerana Nabila dan Khai merupakan penyanyi yang sangat rajin dan berusaha keras. Saya memang cipta lagu ini khas mengikut suara mereka.

“Kali ini saya buat kelainan sedikit di mana lagu ini tiada harmoni, tetapi melodi berasingan yang dinyanyikan bersama.

“Sebab itu, di bahagian korus tidak boleh menyanyi seorang. Saya mahu pastikan penyanyi tidak tenggelam di antara satu sama lain,” katanya. – 18 Disember, 2023

Topics

 

Popular

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Related