Sorotan 2023: Selebriti yang menamatkan zaman bujang, duda dan janda tahun ini

Ramai selebriti yang bertemu jodoh tahun ini antaranya Janna Nick, Nabila Razali, MK K-Clique dan Shuib

8:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tahun 2023 menyaksikan ramai selebriti yang mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing. Ada yang kali pertama ada juga kali kedua.

Tidak kurang juga dengan perkahwinan yang menjadi kontroversi. Scoop senaraikan selebriti tanah air yang berkahwin tahun ini.

Syamsul Yusof & Ira Kazar

Perkahwinan yang bikin kecoh satu Malaysia. Mana tidaknya Syamsul menikahi Ira di Thailand pada 6 Januari ketika dia masih menjadi suami Puteri Sarah Liyana.

Syamsul Yusof menikahi Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari. – Gambar media sosial, 23 Disember, 2023

Janna Nick & Dini Schatzmann

Pasangan sama cantik sama padan ini telah selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 10 Jun di sebuah majlis yang berlangsung di Pulau Langkawi. Perkahwinan mereka turut terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan tidak menghormati Ustaz Wadi Annuar yang dijemput untuk membaca doa di majlis berkenaan.

Pasangan sama cantik sama padan, Janna Nick dan Dini Schatzmann diijabkabulkan di Pulau Langkawi pada 10 Jun. – Instagram Janna Nick, 23 Disember, 2023

Fadlan Hazim & Aiya Mukhamedsalova

Pelakon kacak ini mendirikan rumah tangga dengan pasangannya yang berasal dari Kazakhstan, iaitu Aiya Mukhamedsalova pada 16 Julai lalu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Namun keluarga isterinya tidak dapat hadir untuk menyaksikan hari bahagia mereka

Fadlan Hazim mendirikan rumah tangga dengan pasangannya yang berasal dari Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova pada 16 Julai lalu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – Instagram Fadlan Hazim, 23 Disember, 2023

Shila Amzah & Ubai

Penyanyi popular, Shila Amzah menamatkan zaman jandanya bersama pempengaruh media sosial, Ubai pada 4 Ogos lalu. Biarpun jarak usia mereka jauh iaitu lapan tahun, namun cinta mereka tetap utuh.

Shila Amzah menamatkan zaman jandanya bersama pempengaruh media sosial, Ubai pada 4 Ogos. – Instagram Shila Amzah 23 Disember, 2023

Aiman Tino & Syarah Haifa

Penyanyi popular kegilaan remaja ini telah menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati, Syarah Haifa pada tanggal 27 April lalu. Ramai peminat wanita yang kecewa selepas artis pujaan mereka kini menjadi milik orang.

Aiman Tino menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati, Syarah Haifa pada tanggal 27 April lalu. – Instagram Aiman Tino, 23 Disember, 2023

MK K-Clique & Siti Hajaar

Penyanyi dan pelakon kacak MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan telah mematahkan hati ramai gadis apabila mengakhiri zaman bujangnya bersama Siti Hajaar pada 16 Jun lalu.

MK K-Clique mengakhiri zaman bujangnya bersama Siti Hajaar pada 16 Jun. – Instagram MK K-Clique, 23 Disember, 2023

Nad Zainal & Ungku Ismail

Pelakon popular, Nad Zainal telah selamat melangsungkan pernikahannya bersama aktor, Ungku Ismail pada 23 Januari 2023. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Nad dan yang pertama buat Ungku Ismail. Pada tahun ini juga pasangan ini dikurniakan bayi lelaki yang dilahirkan pada 10 Oktober lalu.

Nad Zainal melangsungkan pernikahannya bersama aktor, Ungku Ismail pada 23 Januari 2023. – Instagram Nad Zainal, 23 Disember, 2023

Shuib & Watie

Antara perkahwinan selebriti yang menjadi tumpuan tahun ini apabila Shuib menamatkan zaman dudanya bersama pilihan hati, Watie pada 23 Jun lalu. Ramai peminat arwah Siti Sarah merasakan terlalu cepat untuk Shuib mencari pengganti. Namun jodoh pertemuan yang ditentukan tuhan tiada siapa yang mampu menafikannya.

Shuib menamatkan zaman dudanya bersama Watie pada 23 Jun. – Instagram Shuib, 23 Disember, 2023

Fizi Ali & Siti Zulaikha

Seorang lagi duda terhangat telah menamatkan zaman dudanya bersama pilihan hati yang merupakan seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu. Tiada majlis besar-besaran dilakukan, Fizi sekadar mengumumkan berita pernikahannya di Instagram.

Fizi Ali menamatkan zaman dudanya bersama seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu. – Gambar media sosial, 23 Disember, 2023

Tom & Fuad Rahman

Mula menyulam cinta sewaktu menyertai Gegar Vaganza musim kesembilan tahun lalu, siapa sangka kenalan lama ini akhirnya memilih untuk menjadi pasangan suami isteri pada 26 Februari lalu dalam majlis yang diadakan di Batam. Kini Tom sedang hamil anak pertama mereka.

Mula menyulam cinta sewaktu menyertai Gegar Vaganza musim kesembilan tahun lalu, Tom dan Fuad Rahman akhirnya bergelar suami isteri pada 26 Februari. – Gambar media sosial, 23 Disember, 2023

Rashidi Ishak & Wan Hasliza

Pelakon drama Kampung People ini menamatkan zaman dudanya bersama pengarah drama Kampung People, iaitu Wan Hasliza pada 2 Februari 2023. Rashidi sebelum ini pernah berkahwin dengan aktres, Vanida Imran, namun bercerai pada 2018.

Pelakon drama Kampung People, Rashidi Ishak menamatkan zaman dudanya bersama pengarah drama tersebut, Wan Hasliza pada 2 Februari 2023. – Instagram Wan Hasliza, 23 Disember, 2023

Imran Aqil & Dahlia Rizal

Penyampai radio Hot FM ini memilih untuk menamatkan zaman bujangnya bersama pempengaruh, Dahlia Rizal pada 10 September 2023. Pasangan ini tular kerana memilih untuk berkahwin di usia muda. Mereka juga mengadakan lima majlis resepsi yang turut dihadiri oleh Datin Seri Rosmah Mansur.

Penyampai radio Hot FM, Imran Aqil menamatkan zaman bujangnya bersama pempengaruh, Dahlia Rizal pada 10 September 2023. – Instagram Imran Aqil, 23 Disember, 2023

Mizz Nina & Essam Muhammad

Bekas penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama jejaka yang berasal dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Essam Muhammad pada Jun lalu. Majlis resepsi pasangan ini telah berlangsung pada Sepetember lalu di Kuala Lumpur.

Mizz Nina mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama jejaka berasal dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Essam Muhammad pada Jun lalu. – Gambar media sosial, 23 Disember, 2023

Noh Salleh & Fain Athira Mustapa

Seperti bekas isterinya Mizz Nina, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh juga telah menamatkan zaman dudanya pada tahun ini dengan wanita yang dikenali sebagai Fain Athira Mustapa. Pasangan ini telah berkahwin pada 23 September yang lalu.

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menamatkan zaman dudanya dengan Fain Athira Mustapa pada 23 September. – Instagram Noh Salleh, 23 Disember, 2023

Cat Farish & Shikin Maembong

Pasangan ini telah sah menjadi suami isteri pada tanggal 13 Julai yang lalu. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan yang ketiga buat masing-masing. Shikin sebelum ini pernah berkahwin dengan anak kepada Datuk Chef Wan, iaitu Chef Riz pada 2014 sebelum bercerai pada 2016.

Cat Farish dan Shikin Maembong sah menjadi suami isteri pada tanggal 13 Julai. – Instagram Cat Farish, 23 Disember, 2023

Nabila Razali & Nik Iruwan Nik Izani

Penyanyi dan pelakon popular ini telah menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka yang dikenali sebagai Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di pusat peranginan di Bukit Tinggi.

Nabila Razali menamatkan zaman bujang bersama jejaka yang dikenali sebagai Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November. – Instagram Nabila Razali, 23 Disember, 2023

Hafidz Roshdi & Athira Yuhada

Pelakon kontroversi ini telah mengejutkan ramai apabila memilih untuk menamatkan zaman duda bersama cinta hati pertamanya, iaitu wanita yang dikenali sebagai Athira Yuhada 15 Disember lalu. Terdahulu Hafidz telah sah bercerai talak satu dengan bekas isterinya iaitu Shuhada pada Februari lalu.

Hafidz Roshdi memilih untuk menamatkan zaman dudanya bersama cinta hati pertamanya, iaitu wanita yang dikenali sebagai Athira Yuhada 15 Disember lalu. – Instagram Hafidz Roshdi, 23 Disember, 2023

Syafie Naswip & Afiqah Ishak

Pelakon filem Mukhsin ini telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, iaitu aktres Afiqah Ishak dalam majlis yang berlangsung di Putrajaya pada 23 Disember 2023. – 23 Disember 2023

Pelakon filem Mukhsin, Syafie Naswip diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, aktres Afiqah Ishak di Putrajaya pada 23 Disember 2023. – Instagram Syafie Naswip, 23 Disember, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related