HEADLINES

Ramai minta Rosyam Nor ambil Upin Ipin jadi ‘anak angkat’, Hero Malaya itu kenalan lama arwah bapa mereka

Kemungkinan akan ada kolaborasi di antara Rosyam dengan Les’ Copaque dalam episod Upin Ipin seterusnya?

1:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba si kembar Upin Ipin daripada Kampung Durian Runtuh sibuk mencari pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor, sampaikan ia jadi viral di TikTok.

“Hai saya, Upin. Yang ini adik saya Ipin. Betul betul betul.  Kami nak cari pelakon terkenal ni. Datuk Rosyam Nor. Hero Malaya.

“Dia kawan baik Abah kami. Abdul Salam dari Kampung Durian Runtuh. Kami anak-anak dia. Kalau Datuk Rosyam ada melihat video ini, harap hubungi kami dengan segera di sini,” kata adik-beradik kembar ini dalam sebuah video pendek yang dimuat naik akaun TikTok rasmi mereka.

Rupa-rupanya, Rosyam adalah kenalan lama arwah bapa mereka. Tapi, sebab apa agaknya ya, baru sekarang si Upin dan Ipin ini cari Rosyam? Adakah mereka baru tahu, kenalan lama bapa mereka itu, Rosyam Nor?

Apapun, Rosyam telah memuat naik video itu kembali di akaun Instagram miliknya.

“Ada tak sesiapa kenal dua beradik ni? Saya mencari dorang!” tulisnya dengan ringkas.

Hantaran yang dimuat naik Rosyam itu meraih perhatian ramai pengikut serta peminat-peminatnya. Rata-rata mereka menyarankan Rosyam mengambil Upin dan Ipin menjadi anak-anak angkatnya kerana mereka adalah anak yatim piatu.

Kata @nasrulabdulhalim: “Kecik je dunia ni kan. Rupanya Datuk Rosyam Nor kawan dengan bapak Upin Ipin. Datuk belalah diorang. Kesian saya tengok. Kecik-kecik dah takde mak ayah.”

Ini pula kata @hetty.ishk: “Datuk ambillah diaorang jadi keluarga angkat. Insya-Allah Datuk dimurahkan lebih rezeki.

Tidak kurang juga yang memberikan komen-komen yang melucukan.

Ada pula yang minta Rosyam mengasihani Upin dan Ipin kerana sejak dari dulu sampai sekarang, mereka tidak pernah membesar dan asyik berada di tadika sahaja.

Komen @amiliaalw: “Tolong la dato ambik upin ipin jadi anak angkat, kesian saya tengok,dari dulu tak besar-besar,masih tadika.”

Ini pula komen daripada @zaminah123: “Ye la Datuk kesian diaorang. Masa anak Saya kecik, dia orang pun kecil jugak. Sekarang, anak saya dah besar, diaorang kecik lagi. Kesian tok.”

Ada juga peminat yang berpendapat bahawa perkara itu adalah satu gimik dan ia sebenarnya suatu petanda atau bayangan bahawa akan ada kolaborasi antara Rosyam dengan Les’ Copaque iaitu syarikat animasi yang menerbitkan siri dan filem Upin Ipin ini. – 25 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Related