HEADLINES

Nombor telefon disekat, Fizi Ali bakal heret bekas isteri ke mahkamah

Menurut Fizi dia terpaksa mendedahkan perkara ini di media sosial kerana tidak dapat menghubungi bekas isterinya

1:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyampai radio, Fizi Ali sudah tidak dapat menahan diri dari mengheret bekas isterinya iaitu Shakila Koriri ke mahkamah kerana sudah lama tidak dapat berhubung dengan anaknya Ameena Sofea.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram, Fizi mendedahkah bahawa usahanya untuk menghubungi bekas isteri tidak berjaya.

“Seperti yang dijangka, telefon tak berangkat, WhatsApp tak dibalas.

“Lari la jauh mana boleh lari. Tengok jauh mana boleh lari lagi. Pusing selagi boleh pusing.

“Tarikh dah dapat. Kita akan selesaikan di tempat sepatutnya. Sabar sikit lagi daddy jumpa awak,” tulisnya

Sementara itu memetik laporan Mstar, Fizi mendedahkan nombor telefonnya telah pun disekat oleh Shakilla menyebabkan kesukaran untuk mereka berkomunikasi.

Lantaran itu, Fizi menyerahkan kepada peguamnya untuk menyelesaikan isu ini.

“Saya sudah bawa kes ini ke mahkamah dan kami akan selesaikan mengikut undang-undang.

“Tarikh dan masa dia sudah tahu. Saya harap dia akan hadir untuk selesaikan masalah ini,” katanya.

Tambahnya lagi, dia terpaksa mendedahkan perkara ini di media sosial kerana sukar untuk berkomunikasi dengan Shakilla.

“Tujuan saya muat naik di media sosial adalah ingin mengingatkan dia untuk datang ke mahkamah untuk selesaikan masalah ini agar tidak berlarutan.

“Peguam saya sudah cuba hubungi dia, tetapi tiada maklum balas.”

Terdahulu, Shakilla dikatakan marah dengan tindakan Fizi yang mengambil anak mereka dengan alasan ingin membawa ke taman tema air, sebaliknya Ameena dibawa ke majlis perkahwinan Fizi dan isterinya yang berlangsung pada 23 Oktober lalu. – 28 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related