HEADLINES

Tidak ambil pusing kecaman netizen, Sugeeta dan Syahira anggap siang ikan tidak harus jadi kemahiran stereotaip jantina

Sugeeta dan Syahira mengakui mereka tidak terkesan dengan komen-komen netizen malah ia membuatkan mereka tersenyum

7:33 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Meskipun dikecam teruk kerana tidak pandai siang ikan, namun pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI), Sugeeta Chandran dan Syahira Izzaty Yaacob tidak ‘ambil pusing’ mengenainya.

Malah, Sugeeta dan Syahira mengakui komen-komen daripada netizen membuatkan mereka tersenyum.

“Siapa sangka dua wanita (secara tepatnya pengacara TV) yang tidak tahu menyiang dan membersihkan ikan akan mencetuskan perdebatan di media sosial.

“Agak melucukan apabila mengetahui bahawa ia telah menjadi topik perbincangan hangat sejak minggu lalu,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Mengulas lanjut, Sugeeta dan Izzaty berkata, mereka menghargai netizen yang mempunyai pemikiran yang sama dengan mereka.

“Sesungguhnya, ia tidak sepatutnya menjadi kemahiran stereotaip jantina. Tidak ada yang memalukan tentang seorang wanita yang tidak tahu cara membersihkan ikan.

Pada 19 Disember lalu, Sugeeta dan Syahira telah menjayakan demo variasi menu ikan dalam rancangan WHI. Demo itu memerlukan mereka untuk menyiang ikan – Gambar WHI, 29 Disember, 2023

“Sesetengah orang mahir dan ada yang tidak, jadi jika ada yang tahu cara menyiang dan membersihkan ikan, syabas. Oleh kerana kita tidak tahu, kita akan belajar. Itu sahaja. Tak ada masalah pun.

“Melangkah ke hadapan, mari kita raikan kekuatan kita, akui kelemahan kita, luaskan perspektif kita dan jangan lupa untuk berseronok! Jadilah baik dan sebarkan kasih sayang!,” kata mereka lagi.

Pada 19 Disember lalu, Sugeeta dan Syahira telah menjayakan demo variasi menu ikan dalam rancangan WHI. Demo itu memerlukan mereka untuk menyiang ikan.

Video rakaman mereka sedang menyiapkan tugasan itu telah meraih perhatian netizen dan sepantas kilat menjadi tular disebabkan mereka terkial-kial untuk menyiangkan ikan.

Ia juga menjadi tempat bagi netizen untuk mengecam serta melabelkan wanita terbabit sebagai tidak pandai memasak atau jarang ke dapur. – 29 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Related