‘Saya hanya pemilik premis bukan penganjur konsert’ pemilik Kem Isi Rimba anggap tuduhan Rumah Api tidak berasas

Pemilik Kem Isi Rimba, Abang Lan berkata, dia telah dinasihati pihak polis supaya menghentikan konsert ini apabila Rumah Api selaku penganjur acara tidak menyediakan permit persembahan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemilik Kem Isi Rimba, Roselan Yaakob menyifatkan tuduhan bahawa pihaknya gagal menyediakan permit lengkap bagi konsert Chaos In Rumah Api (CIRA) Vol Seven di Kemensah, pada awal Disember lalu sebagai tidak berasas dan kurang matang.

Roselan yang dilebih mesra disapa sebagai Abang Lan berkata, tindakan Rumah Api mengeluarkan kenyataan tersebut juga seolah-olah seperti ingin melepaskan diri daripada kesalahan yang mereka lakukan sendiri apabila acara konsert itu terpaksa dihentikan secara tiba-tiba.

Menurut Abang Lan, dia hanya pemilik Kem Isi Rimba dan bukannya penganjur konsert terbabit justeru pihak penganjur yang sepatutnya menyediakan permit yang diperlukan. Penganjur konsert tersebut adalah Rumah Api.

Menurut Roselan Yaakob, dia hanya pemilik Kem Isi Rimba dan bukannya penganjur konsert Chaos In Rumah Api Vol Seven, justeru pihak penganjur yang sepatutnya menyediakan permit diperlukan. – Gambar Facebook Abang Lan, 2 Januari, 2024

“Saya adalah pemilik tempat ini dan hanya menyediakan tempat ini untuk siapa-siapa yang mahu melakukan aktiviti atau acara hiburan. Saya bukannya penganjur acara konsert tersebut. Yang jadi penganjur adalah Rumah Api dan sebagai penganjur, merekalah yang perlu menyediakan segala permit yang diperlukan.

“Ia seperti Zepp KL, Stadium Malawati atau Axiata Bukit Jalil, mereka juga adalah pemilik premis seperti saya.

“Adakah pemilik premis yang perlu menyediakan permit untuk konsert-konsert yang diterbitkan oleh penganjur acara? Tidakkan?

“Sebaliknya, penganjur sesebuah acara itu yang harus melakukannya sendiri,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Menurut Abang Lan, Rumah Api tidak pernah berterus-terang dengannya mengenai senarai band-band yang akan beraksi.

Sebaliknya, kata Abang Lan, dia hanya mengetahui mengenai band yang terbabit termasuk dari luar negara seperti Singapura dan Indonesia pada hari acara tersebut berlangsung.

“Saya juga mendapat tahu bahawa band-band muzik luar ini juga masuk tanpa permit daripada PUSPAL (yang sepatutnya diuruskan Rumah Api).

“Saya telah dinasihati oleh polis supaya menghentikan konsert ini apabila Rumah Api selaku penganjur acara tidak menyediakan
permit persembahan. Jika saya tidak hentikan, bayangkan apa yang akan terjadi andai kata tempat ini diserbu polis?

“Saya difahamkan ini bukan kali pertama Rumah Api melakukan kesalahan dalam penganjuran acara. Tapi, mereka tetap tidak serik-serik.

“Bila mereka tidak dapat meneruskan persembahan , mereka nak letakkan pula kesalahan itu kepada saya,” jelasnya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur konsert Chaos In Rumah Api Vol Seven mengenai kekecohan yang berlaku. – Gambar Facebook, 2 Januari, 2024

Abang Lan berkata, dia sebenarnya malas untuk melayan tuduhan Rumah Api yang cuba menyalahkan pihaknya dalam isu ini.

“Saya ada dengar mereka hendak dakwa saya kerana menyebabkan mereka kerugian apabila acara ini tidak dapat diteruskan. Tapi, hingga saat ini, mereka masih belum menerima apa-apa notis lagi.

“Kalau hendak hantar notis, silakan. Saya juga ada orang-orang yang terlibat dalam bidang guaman dan saya juga bukan tidak tahu tentang selok-belok penganjuran sesebuah acara.

“Sebetulnya pemilik Rumah Api itu, bukan saya tidak kenal siapa dia. Saya kenal siapa bapa mertua dia. Disebabkan hal ini, bapa mertua dia pun dah jadi naik segan dan malu dengan saya,” katanya.

CIRA Vol Seven yang dianjurkan Rumah Api sepatutnya berlangsung selama dua hari iaitu dari 9 dan 10 Disember lalu di Kem Isi Rimba.

Namun, acara ini terpaksa dihentikan pada hari pertama sejurus selepas empat band muzik beraksi apabila Rumah Api didapati gagal menyediakan permit persembahan. – 2 Januari, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

‘Non-Bumiputera doctors don’t even want to enrol at UiTM,’ says Umno’s Akmal

Umno Youth chief says certain quarters with ‘political interests’ are harping on the issue to disrupt racial harmony

Related